20 Mei 2009

Penggunaan KhatBoard Di Kursus Penulisan Khat Muzium Kesenian Islam, KL

Baru-baru ini Ust Yusuf Abu Bakar telah menukar KhatBoard model lama kepada model yang terbaru... Katanya, model terbaru ini lebih mudah dipasang dan digunakan. Justeru itu, beliau terus menggunakannya bagi kelas Kursus Tulisan Khat anjuran Muzium Kesenian Islam (MKI) untuk tahun ini iaitu bermula Mac hingga Jun 2009.

Saya mewakili Persatuan Khat Kebangsaan (PSKK) menjemput semua yang berminat untuk mengikuti Kursus Khat tersebut untuk tahun hadapan. Biasanya pendaftaran akan bermula akhir bulan Febuari....

Marilah sama-sama kita hidupkan salah satu cabang kesenian Islam yang terunggul ini.

06 Mei 2009

Para guru di sekolah boleh menggunakan KhatBoard bagi menunjukkan alatan pertukangan secara 3D di skrin LCD Projektor. Kaedah ini dilihat lebih berkesan kerana biasanya guru akan memanggil murid secara berkumpulan bagi menunjukkan sebarang alat pertukangan atau alatan di makmal sains. Dengan KhatBoard, guru hanya perlu menunjukkan sebarang alatan dipermukaan KhatBoard, dan imej alatan tersebut akan terus dipaparkan di skrin LCD Projektor tanpa perlu murid datang secara berkumpulan. Kaedah ini dilihat sebagai lebih menarik minat murid dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran mereka di sekolah.

Video Tulis Khat Guna KhatBoard

Penggunaan KhatBoard merupakan satu kemestian dalam Kursus Penulisan Khat anjuran Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur pada setiap tahun. Kursus ini terbuka kepada orang awam. Biasanya bermula pada Mac hingga Jun setiap tahun. Anda dijemput untuk menghadiri kursus ini bagi tahun hadapan. Tahun ini sudah mula setengah jalan...Tapi kalau mau datang jenguk-jenguk, no hal punya...silakan

Pameran KhatBoard di Festival Jawi & Seni Khat 2007

Sheikh Zuhud menunjukkan kepakarannya kepada hadirin


Ust Nik Abd Rahman Zaki pun ada...ditemuramah oleh TV9


Ni lah kawe...tulis la jugak utk demonstrasi penggunaan KhatBoard


YAB Mantan Menteri Pelajaran sedang melihat demo penulisan Khat menggunakan alat Khat Board di Festival Jawi dan Khat anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) pada bulan Ramadhan 2007.
Beliau memberikan komen yang menyokong penggunaan alatan ini di sekolah terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Rendah