25 Julai 2009

SURAU IPD POLIS DANG WANGI, KUALA LUMPUR


Baru-baru kebetulan ada seorang kawan minta tolong tuliskan beberapa ayat dalam Khat Thuluth untuk dimuatkan di surau baru Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. Projek ini dimulakan masa cuti sekolah bulan Jun lepas. Silakan memberi komentar bagi penulisan khat yang telah dipindahkan ke saiz sebenar di ruang bawah kubah utama surau tersebut. Saiz asal tulisan hanya 3 inci. Saya bukanlah mahir sangat, setakat memenuhi hasrat kawan-kawan jer...


Saja gatal tangan cuba mengecat....

Separuh siap...

Dua orang pekerja sedang mengecat 2 warna berlainan bagi pilihan akhir kepada pemilik projek


Proses mewarna latar belakang, tulisan dibiarkan putih


Tulisan yang belum diwarnakan


Kenangan bersama pekerja projek...



Video

PEPERIKSAAN AKHIR KURSUS KHAT DI MUZIUM SENI ISLAM

Alhamdulillah...Setelah bertungkus lumus selama hampir 4 bulan, peserta Kursus Penulisan Khat anjuran Persatuan Seni Khat Kebangsaan dengan kerjasama Muzium Kesenian Islam (MKI) telah pun tamat. Maka hari ini (25 Julai 2009) para peserta kursus telah menjalani ujian akhir bagi menilai segala ilmu yang dipelajari selama ini. Di bawah ini adalah sebahagian daripada hasil projek akhir para peserta yang akan dimasukkan dalam penilaian akhir. Macamana agaknya pengunjung sekelian...ada bakat kan mereka ni...














Sesi bergambar beramai-ramai bersama tenaga pengajar...
Jumpa lagi sesi akan datang yea... Wassalam