11 Ogos 2009

Design Program Jabatan Pend. Wilayah Pers'tuan KL (2)

Ini logo yang digunakan utk Program Mahrajan Arabiyah Peringkat WPKL pada Mei lalu... digunakan untuk dicetak pada tie clip dan diedarkan kepada semua AJK dan peserta terlibat...

Alhamdulillah dapatlah jugak memberi idea kepada rakan2 yang menjalankan program tu... Banner APC
Buku Program APC




Kad Jemputan APC




Yang ni pulak design utk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2008 JPWPKL...

Masih banyak kekurangan... tapi ni pun jenuh jugok nak mendesign supaya jadi macam depa tu mau... tapi selepas bertungkus lumus dlm 2 minggu sebelum cuti sekolah baru2 ni...ini lah hasilnya .... dapat la jugak org guna idea kita yea...walaupun tiada apa2 ampau ditrima... WaLlahu 'Aklam




03 Ogos 2009

KARYA SURAH YAASIN KUFI MURABA

Pada akhir 2007 yang lalu ada sahabat dari syarikat yang membuat hiasan Surau Lapangan Terbang Antarangsa Senai, Johor telah meminta saya membuat seluruh Surah Yaasin dalam bentuk berpetak (Kufi Murabba'). Jadi ini merupakan sebahagian daripada karya tersebut...
Masa yang diambil untuk menyiapkan tugasan tersebut adalah lebih kurang 3 bulan.

Asal tulisan tersebut dibuat menggunakan kaedah petak-petak yang diambil daripada Excel. Kemudian dipindahkan ke Photoshop dan diakhiri dengan program yang boleh mengedit outline dan diprintkan di kedai dengan saiz keseluruhan 3 Meter tinggi X 12 Meter panjang.

Sesiapa yang berminat dengan kaedah ini bolehlah mencuba dalam perisian Excel. Tetapi anda perlulah ada pengetahuan serba sedikit mengenai ilmu khat Kufi supaya bentuk huruf tidak lari dari kaedah asalnya.

Selamat mencuba...