28 November 2009

Bengkel Khat dan Jawi Kolej The One Academy

  
   
  
      
      
Pada 22 Nov yang lepas bertempat di Muzium Kesenian Islam, saya dijemput untuk memberikan kuliah mengenai Tulisan Arab, Jawi dan Khat kepada pelajar seni daripada Kolej The One Academy, PJ. Mereka terdiri daripada 5 pelajar dan seorang pensyarah amat berminat untuk mengetahui tentang tulisan Arab/Jawi/Khat ini. Mereka diberi pendedahan mengenai sejarah tulisan Arab, perkembangan tulisan Jawi, Khat di Malaysia dan praktikal menulis Khat Nasakh. Amat jarang kita dapati masyarakat non -Muslim meminati bidang ini. Bahkan saya melihat mereka boleh menulis khat dengan baik walaupun pertama kali belajar dan menulis khat ini. Syabas kepada mereka...
Diharapkan seni khat bukan sahaja sekadar hiasan dan seni, tetapi boleh juga
dijadikan medium dakwah sebagaimana yang berlaku kepada salah seorang Khattat terkenal Jepun. Kalau tak silap eja namanya Prof Fuad Kouichi Honda. Beliau asalnya seorang arkitek yang bertugas di salah sebuah negara arab. Oleh kerana kagumnya beliau kepada keunikan khat arab/Islam ini, membawa kepada keIslamannya dan kemudiannya menjadikan beliau salah seorang khattat yang amat kreatif dalam menghasilkan karya khat.
Sekiranya anda ingin mengenali dan melihat hasil karya beliau sila layari : http://www.japantimes.co.jp/images/photos2007/20070617/index.html
Wallahu'Aklam

Sila tinggalkan komen anda

SALAM EIDUL ADHA 1430H


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Eidul Adha kepada seluruh umat Islam dan pengunjung blog ini. Semoga Allah akan memberikan kekuatan kepada kita semua dalam menghadapi ujian dan dugaan yang mendatang. Selamat bercuti juga kepada rakan-rakan guru sekelian. Penuhi cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah dan memberikan manfaat kepada kita. Kepada khattat sekelian inilah masanya untuk membuat tamrin dan mengasah tangan. Tahniah juga diucapka kepada pemenang Pertandingan Manifestasi Perdana Seni Khat 2009 baru-baru ini. Saya tak sempat masuk sebab terpaksa ke sekolah kerana program wajib. Terkilan juga, tapi nok wat gane kan...di lain pertandingan InsyaAllah kita jumpa lagii...

15 November 2009

Ceramah dan Bengkel Khat di SK Taman Maluri


Pada 12 Nov lepas saya Abg Monair dan Ust Abdulah di panggil oleh SK Taman Maluri untuk memberikan ceramah dan bengkel kepada murid sekolah tersebut. Bila sampai ke dewan sekolah terkejut sakan sebab ingatkan peserta setakat 50-70 orang jer...tetapi dikehendaki memberikan ceramah dan bengkel khat kepada semua warga sekolah tersebut yang berjumlah hampir 600 orang...

Alhamdulillah...dengan kekuatan yang diberikanNya serta bantuan rakan-rakan dan Khatboard...program tersebut berjalan dengan lancar selama 2 jam...Murid-murid bukan Islam juga hadir bagi memeriahkan program tersebut.


Dewan terbuka sekolah dipenuhi murid
  
 
Saya sedang berceloteh walaupun berdebar dengan situasi murid yang terlalu ramai


Murid tahun 1 pun ada bakat kan...


Teman sejatiku...


Abg Monair dan Ust Abdullah di hadapan murid-murid


Tak boleh tulis, lukis pun jadik lah


Murid non-Muslim pun turut serta

04 November 2009

Program Kem Bina Juara JPWPKL 2009

Sektor Pendidikan Islam Jab Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjalankan Program Kem Bina Juara bagi murid-murid tahun 4 & 5 sekolah terpilih sekitar Kuala Lumpur. Antara aktiviti yang dijalankan ialah bengkel penulisan khat, jawi, komunikasi dalam bahasa arab dan taranum. Saya ditugaskan mengendalikan bengkel khat bersama Ust Saiful Azli dari SK Danau Kota  & Ust Abdullah Ismail dari SK Cochrane. Semoga program ini dapat melahirkan bakal-bakal pejuang khat pada masa akan datang. InsaAllah.