17 Mac 2013

BENGKEL KHAT SEHARI DI POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN, DUNGUN

Tarikh : 16 Mac 2013
Hari : Sabtu 
Masa : 9.30 pagi - 4.30 petang
Jumlah Peserta : 60 orang
Terima kasih kepada pihak Jabatan Pengajian Islam dan Ketua Unitnya iaitu Ustaz Jamalizamani Jamaluddin atas jemputan bagi menjalankan Bengkel Penulisan Khat Jawi di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun. Beliau merupakan sahabat junior saya semasa di UKM antara tahun 1996-1998 dahulu... Lama sungguh tak ketemu sahabat....kami sama-sama aktif dalam Persatuan Angkatan Mahasiswa Madani (AMAM) yang menjalankan aktiviti kemasyarakatan terutama Seminar Pendidikan dan Motivasi (SPDM) yang dijalankan dengan kerjasama BTN. 
          Seluruh Malaysia kami meronda dengan sahabat2 lain untuk menjalankan program ini. Salah seorang yang aktif juga ialah Ybhg Datok Jailani Ngah (STPOL PM skrg), kawan baik saya dan pernah naik motor konvoi dr UKM ke Trg balik kampung, juga pernah bermalam sehingga berhari-hari dirumahnya bila tiba cuti penggal...sahabat seperjuangan yang sama2 memperjuangkan aspirasi AMAM pada waktu itu. Beliau juga bersahabat baik dengan Ust Jamal yang bertemu jodoh dengan anak murid SPDM Trg dan sekarang menetap terus di Dungun...Moga segala usaha untuk memartabatkan seni khat ini diberkatiNya... Amin...
 
 
 
 
 
 
 
 
Alhamdulillah dengan bantuan KHATBOARD, satu dewan boleh mengikuti bengkel tanpa gangguan

"Khatboard Cap"
 
 
 Terima kasih Sheikh Jamali...
 Abg Munir juga sudi datang untuk memeriahkan suasana

27 Januari 2013

KHATBOARD DI HIMPUNAN GURU MUDA 1 MALAYSIA

Alhamdulillah kami telah dijemput untuk mewakili Bahagian Pendidikan Islam KPM dalam Pameran Inovasi Pendidikan bersempena dengan Program Himpunan Guru Muda 1 Malaysia yang dirasmikan oleh YAB Timbalan Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia...

Terima kasih juga kepada sahabat2 lain yang membantu iaitu Ust Zawadi, Ust Abdul Hadi dan Ust Saripuddin yang ditugaskan membuat demonstrasi tulisan khat. Saya agak kelam kabut skit sebab mempunyai dua tugasan iaitu Ikon Guru Muda bagi mewakili Wilayah Per. KL dan peserta pameran. So terpaksa berkejar antara gerai pameran dan interaksi bersama TPM yang juga dilaksanakan pada masa yang sama...

Maklumat program adalah seperti berikut : 

Tarikh : 26 Jan 

Tempat : SMK Sungai Besar, Sabak Bernam
Masa    : 7.00 pagi - 2.00 ptg
Peserta  : 5 ribu guru muda daripada Selangor, WPKL, Putrajaya & Perak Selatan

Berita lanjut di sini : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gurudimintatingkatkreativiti_inovatif/Article/
YAB TPM melawat booth Khatboard


Bersama pegawai SPI Selangor Ust Muaz

Ust Asmawi (Jawi AE) juga ada di sebelah 

Ust Zawadi khusyuk menulis tempahan nama

Menunggu ketibaan YAB TPM semasa sesi dialog




YAB TPM menandatangani buku pelawat Khatboard

Memberikan cenderahati kepada YAB TPM


06 Januari 2013

KURSUS PENDEK PENULISAN KHAT 2013

Adalah dimaklumkan Muzium Kesenian Islam Malaysia dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan akan mengadakan Kursus Penulisan Khat untuk masyarakat umum sebagaimana maklumat berikut :

Tarikh mula : Setiap Sabtu mulai 9 Mac 2013
Masa : 2.30 - 5.30 petang
Tempoh masa : 19 Minggu
Tempat : Bengkel Bahagian Pendidikan Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur (sebelah Masjid Negara)

Subjek khat yang diajar :

i.  Khat Nasakh - Ust Abd Wahab Khalid
ii. Khat Riq'ah & Khat Diwani  - Ust Mohd Yusuf Abu Bakar
iii.Khat Kufi - Ust Mohd Asra' Mohd Osman
iv.Khat Thuluth - Ust Zawadi Che Seman & Ust Zainurrahman Afandi
v. Kraf (lukisan kanvas) - Ust Moonair Nazir
vi. Zukhrufah - Ust Khaidir Mohd Ali

InsyaAllah akan diadakan satu slot belajar Khat Kufi Murabba' (Square) menggunakan komputer yang akan dikendalikan oleh saya sendiri.

Anda dijemput menghadiri kursus tersebut kerana tempat adalah terhad. Sebarang pertanyaan boleh sms atau hubungi : 

Bahagian Pendidikan Muzium Kesenian Islam Malaysia di talian : 
03-2270 5103 (Nizreen) 
03-2270 5101 (Firdahayu)  

atau melayari :

 MAKLUMAT KURSUS KHAT MUZIUM KESENIAN ISLAM 2013



TAKLIMAT PAMERAN "TAMAN NURANI" oleh GALERI PETRONAS, KLCC

Tema Pameran :  
NAFAS KEISLAMAN DALAM SEN KONTEMPORARI MALAYSIA

Kurator Muzium :
PROF. DR. MULYADI MAHAMOOD
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM
Tempoh  : 04 December 2012 - 17 February 2013
Masuk : Free
Masa : 10:00 am - 8:00 pm


Kategori Pameran :
1. Motif Budaya dan Tradisi : Kesinambungan Tradisi dalam Seni Kontemporari
2. Lanskap : Cerminan Kebesaran Tuhan
3. Khat : Transformasi Gaya dalam Seni Kontemporari
4. Abstrak : Manifestasi Kerohanian



Description :

TAMAN NURANI is an exhibition to reflect the concept of art as a beautiful garden bathed in Allah's light, full of fragrant and colorful flowers planted and cultivated by the artists with their heart and soul. Nurani, (Allah's light) reflects the artist's pure heart entirely filled with Allah's light. Art Inspired by Islam ought to create an atmosphere of contemplation that will bring the audience to think about God and put into practice and connect the principles of religion.
Exhibits are drawn from PETRONAS Art Collection, National Visual Art Gallery and private collections. Showcasing 56 artworks by 28 Malaysian Muslim artists.


Jom Lawat LAMAN NURANI 

http://www.galeripetronas.com.my/Pages/Exhibition.aspx?MenuId=2&ItemId=66



03 Januari 2013

RENCANA UTAMA KOSMO MENGENAI KHAT KUFI
 


Alhamdulillah setelah lama menunggu akhirnya buah yang dinanti gugur jua akhirnya...
Terima kasih kepada saudara Muhammad Aiman Ghaffar pemberita daripada KOSMO kerana sudi memberika peluang kepada kami penggiat seni khat tempatan untuk menyebarkan pengetahuan yang tak seberapa kami kepada masyarakat di luar sana...

Terima kasih juga kepada ahli2 FoKS (Friends of Kufi Square - Facebook Group) atas perkongsian idea dan aktiviti yang bermanfaat ini. Sekalung syabas juga kepada sahabat FoKS iaitu Muhammad Adrin (Adrin Pandurama Art Gallery) dan En Ariff Asyaari kerana bersama2 meluangkan masa bersama-sama dalam temuramah yang dibuat pada November 2012 yang lalu...

Semoga kecintaan terhadap seni khat akan semakin bertambah dan merebak ke serata Malaysia khasnya dan dunia amnya.

Maklumat lanjut sila baca di KOSMO online

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

01 Disember 2012

KURSUS PENULISAN ASAS KHAT NASAKH DAN RIQ'AH

Pengumuman | Bagi sesiapa yang berkelapangan, anda dijemput untuk menyertai Kursus Asas Penulisan Khat Nasakh dan Khat Riq'ah.

Maklumat kursus adalah seperti berikut:

Tarikh : 2 & 9 Disember 2012 (Ahad)
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Anjuran : Jabatan Warisan Negara

Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Yuran : Percuma (Alatan menulis dan makan tengahari disediakan)

Sasaran Peserta : 40 Orang (Terbuka)


Maklumat lanjut mengenai kursus ini, sila hubungi saya di talian 0193936269
 




19 November 2012

Doakan pejuang2 Islam di Palestin mendapat kemenangan dengan Izin Allah...
Ingatlah bahawa doa itu adalah senjata org2 Mukmin....Amin

18 November 2012

MENYIAPKAN TEMPAHAN IPG DATOK RAZALI, K.. TRG

Alhamdulillah hari ini menyiapkan tempahan drpd IPG Datok Razali Kuala Terengganu oleh Ust Asyraf...

Mudahan alat ini dapat memberikan manfaat kepada semua pelajar di sana InsyaAllah...

16 September 2012

TERENGGANU INTERNATIONAL ISLAMIC ART FESTIVAL 2012











13 Julai 2012

INGINKAN NAMA ANDA SEPERTI INI???
 
 Kalau teringin sila lah sms nama penuh untuk tempahan dengan harga berpatutan...



08 Julai 2012

PERSIDANGAN PENDIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN 2012

Tarikh : 3-6 Julai 2012
Tempat : Royale Bintang Hotel, Seremban
Anjuran : Institut Pendidikan Guru dan Kem. Pel. M'sia
Tugasan : Peserta Pameran Inovasi Islam