INFO KHATBOARD

PENGENALAN

Khatboard adalah alat membantu dalam pengajaran tulisan seni Khat terutamanya bagi kegunaan Guru Pendidikan Islam yang mengajar subjek Jawi di Tahun 6 sekolah rendah. Semua murid Islam Tahun 6 akan belajar dua jenis tulisan Khat iaitu Khat Nasakh dan Khat Riq’ah. 

Alat ini dicipta bagi memudahkan proses pengajaran tulisan Khat terutamanya bagi sekolah yang tidak mempunyai papan hitam.

Khatboard ini juga digunakan sepenuhnya sepanjang Kursus Penulisan Khat anjuran
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM @ BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 2005. Banyak institusi pendidikan tinggi yang telah menggunakan alat ini dalam proses PnP mereka. 

Antaranya ialah Univ. Malaysia Kelantan (Fakulti Rekabentuk dan Fesyen - Mengajar lukisan batik), UIAM (Unit Ko-Kurikulum), Koleh Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Subjek Kemahiran Khat), Univ. Sains Islam Malaysia, Universiti Malaya (Unit Ko-Kurikulum), IPG Kampus Pendidikan Islam dan juga digunakan di makmal Sains, Biologi dan Kimia di Maahad Hamidiah, Kajang.

Alat ini menyerupai fungsi OHP atau Visualizer yang akan memaparkan imej berwarna di skrin LCD Projektor ataupun TV biasa. Ia juga boleh digunakan bagi memaparkan buku teks, lukisan, objek 3D, ayat-ayat suci al-Quran dan sebagainya. 


Sejarah Penggunaan Kamera Khatboard Visualizer

Secara asasnya Khatboard Visualizer ini menggunakan sejenis kamera analog yang akan memaparkan imej di skrin LCD Projektor atau pun Skrin TV biasa melalui sambungan 
Port Video In. Ukuran nilai kualiti gambar bagi kamera analog dipanggil TV Lines atau ringkasnya TVL. Kamera asas bermula sekurang-kurangnya 380 TVL. Semakin tinggi nilai TVLnya, maka semakin baiklah kualiti gambarnya.

Berikut adalah turutan penggunaan kualiti kamera bagi Khatboard Visualizer ini.

2005-2007 : Webcam (perlukan Laptop bagi memaparkan imej)
2008  : Khatboard berkualiti 380 TV Lines (TVL)
2009 ~ 2010 : Khatboard berkualiti 420 TV Lines (TVL)
2011 ~ 2012 : Khatboard berkualiti 580TV Lines (TVL) - Satu model Istimewa dibina untuk Taman Tamadun Islam Terengganu dan digunakan sehingga kini.
2013 : Khatboard berkualiti 650 ~ 700 TV Lines (TVL) 
2014 : Khatboard berkualiti 800 TV Lines (TVL) ke atas - Gambar menyamai High Definition (HD)

Sekarang ini (Mulai April 2014) sudah ada kamera yang  berkualiti 1000 @ 1200 TV Line (TVL) dalam pasaran (harga mahal), tetapi selepas beberapa kali percubaan, didapati kamera jenis ini terlalu sensitif dengan pengubahsuaian ektrem seperti yang dilakukan dalam sistem pendawaian Khatboard Visualizer menyebabkan saya hanya menumpukan kepada penggunaan kamera berkualiti 800 TVL sahaja buat masa ini. 

Namun demikian, jika diketemui model kamera yang berdifinisi lebih baik daripada 800 TVL, saya akan membelinya dan membuat ujian pendawaian. Jika bersesuaian InsyaAllah, Khatboard pada masa akan datang akan mempunyai kualiti gambar yang lebih baik InsyaAllah.



 Model Mini : PORTABLE VISUALIZER (Mei 2014)


Diperkenalkan selepas beberapa permintaan sahabat-sahabat yang berminat mendapatkan Khatboard Visualizer bersaiz mini dan boleh dimasukkan terus ke dalam bag laptop. Setelah meneliti beberapa alatan elektrik sedia ada, didapati model lampu meja ini sesuai dijadikan bahan asas dalam penciptaan model terbaru ini. Alhamdulillah selepas beberapa sesi percubaan sistem dan penambahan alatan yang lain, ianya berfungsi dengan begitu baik sekali.



Model ini berharga RM800.00 belian Invoice. 
Belian Cash akan ada diskaun lagi...
Hubungi 0193936269 utk. diskaun

Model ini tiada papan whiteboard. Tetapi anda boleh beli panel whiteboard bersaiz A4 atau A3 di Pasaraya Mydin yang berharga tak sampai rm50 satu utk digunakan bersama alat ini.
 
Amat memudahkan tuan2 untuk mengajar tulisan khat atau apa 
saja subjek terutamanya lukisan.


 PANEL KAWALAN DAN SAMBUNGAN



(Model 2010-2011)



Panel ini menggunakan potongan laser pada kepingan acrilyc.

 
Ini adalah Panel Kawalan dan Sambungan Khatboard yang terdiri daripada :

i. Suis Utama : Membuka dan menutup punca kuasa
ii. Port Punca Kuasa : Adaptor 9 - 12 Volts DC : Adaptor dibekalkan 

Boleh juga digunakan bateri Box Type 9Volts DC sebarang jenama (port sambungan dibekalkan atas permintaan), bateri boleh bertahan selama lebih kurang 5-6 jam secara berterusan

iii. Port Video Out :
Port ini menyambungkan signal video Khatboard ke terminal video LCD Projektor atau TV biasa. Ianya boleh disambungkan kepada beberapa LCD Projektor secara serentak

iv. Panel Whiteboard :
Anda boleh menulis atau melukis terus di atas panel ini menggunakan whiteboard marker yang bersaiz A3 dan akan dipaparkan terus melalui LCD Projektor

Kaedah ini memudahkan anda berbanding kaedah OHP biasa yang memerlukan penggunaan plastik lutsinar- kos dapat dikurangkan

Anda juga boleh meletakkan buku teks atau gambar lukisan bagi ditunjukkan kepada murid anda di sekolah...

Amat membantu semasa pelaksanaan kelas Tilawah al-Quran bagi program j-QAF - letakkan al-Quran atas panel ini dan ayat terus boleh dibaca melalui LCD Projektor atau TV.


Ini merupakan pandangan depan dan sisi Khatboard (MODEL 2011)..

Model 2012...

Kedudukan penuh
 Kedudukan menyimpan dalam bag
 Membuka daripada bag

Penutup Botol susu pun jadilah...

Model Terkini dan digunapakai oleh kebanyakan pelanggan mulai awal tahun 2013

Model ini berharga RM900.00 belian Invoice. Belian Cash akan ada diskaun lagi...

Hubungi 0193936269 utk. diskaun
  
SEJARAH KHATBOARD - Penting difahami
Ada orang kata kenapa guna Khatboard sedangkan sudah ada Visualizer yang canggih manggih dalam pasaran, berkualiti dan macam-macam lagi kelebihan...
Jawapannya mudah sahaja...  kenapa masih ramai orang guna kereta kancil, viva berbanding BMW, Mercedes, Ferrari dan sebaginya...

kalau masih keliru juga...ginilah...
Sebenarnya Khatboard ini dicipta ekoran daripada ketiadaan baget untuk membeli VISUALIZER yang canggih (BMW, Mercedes lah kalau dlm. versi kereta) semasa membuat Kursus Penulisan Khat Peringkat Kebangsaan anjuran JAPIM (Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia) mulai tahun 2005 hingga 2008. Oleh kerana saya AJK dan Fasilitator, saya ditugaskan menyelesaikan masalah ketiadaan papan hitam di hotel tempat kursus tersebut diadakan. Justeru itu saya membuat set papan hitam bersaiz 2 X 4 sebanyak 2 keping. 
Setiap kali kursus, saya akan membawanya kemana sahaja tempat kursus tersebut diadakan. Masalah timbul apabila berkursus di Sabah dan Sarawak, takkan nak usung benda ni sampai ke sana. Justeru itu timbullah idea untuk meniru konsep Visualizer. Dan akhirnya lahirlah Khatboard versi pertama menggunakan WebCam dan digantungkan pada laptop. Okaylah, cuma tak berapa cantik sebab webcam ni bila dibesarkan gambarnya pecah dan tak berkualiti. 
Setelah dibuat kajian demi kajian, akhirnya ku ketemui satu suplier yang membekalkan set kamera yang boleh dimuatkan dalam tudung botol susu dengan membuat pelbagai percubaan dan kegagalan (lebih kurang 8 biji lebih yang dah hangus terbakar) semasa cubaan, akhirnya dapat disetkan dan wiring yang sempurna dilakukan pada 2007. Tahun 2008 memohon Anugerah Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Guru dan Alhamdulillah terpilih  sebagai Juara Kategori Individu Sekolah Rendah dan menerima anugerah tersebut daripada Menteri Pelajaran pada waktu itu iaitu Ybhg. Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein di Melaka.
 Sebenarnya ada beberapa sahabat-sahabat guru lain juga ada membuat alat yang seperti ini, dan mereka juga dapat beberapa pengiktirafan daripada pelbagai pihak. Beza Khatboard dengan yang lain adalah panel papan putih (whiteboard) yang membenarkan guru terus menulis di atasnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sangat memudahkan guru-guru semasa mengajar. 

KELEBIHAN KHATBOARD VISUALIZER
i. Memudahkan pengajaran bagi peserta yang ramai 
ii. Peserta nampak dengan jelas apa yang ditulis oleh penceramah
iii. Apa sahaja yang diletakkan atas panel Khatboard akan dipaparkan di skrin projektor
iv. Bukan sahaja Khat, bahkan SEMUA mata pelajaran atau segala bentuk pengajaran akan lebih  mudah dengan penggunaan Khatboard


APA YANG DITULIS DAN DILETAKKAN ATAS PANEL KHATBOARD, 
AKAN DIPAPARKAN DI SKRIN LCD PROJEKTOR ATAU TV BIASA
 
 Boleh juga dipaparkan kepada 2 skrin serentak

 
Sebarang pertanyaan sila hubungi saya di talian :
019-393 6269 (Abdul Wahab Khalid) 

Sila lihat link video bagaimana memahami penggunaan Khatbord ini dengan lebih jelas...



Terima Kasih

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam brp hrga satu..kalau nk tempah?

Khatboard Visualizer berkata...

Sila Call untuk harga...Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Kreatif betul ustz. Rasa mcm nk jumpa ustz plak. Blajar khat.hehe