Mengubah Warna Pen Khat Jenama Artline, ZIG
Atau baca artikel ringkas ini ...
Aslmlkm semua sahabat2
Kali ini sy nak kongsikan satu idea mudah bagaimana nak mengubah pen khat siap yg asal berwarna HITAM kepada warna yang lain seperti merah biru hijau dan lain2...
Ini kerana sy menerima banyak pertanyaan mengenai pen jenis ini yg berwarna selain hitam. Pen khat berwarna merah biasanya digunakan utk membuat panduan dan pembetulan oleh guru2 kepada.tulisan muridnya.
Sebenarnya memang ada dijual tetapi kene order dalam kuantiti yang banyak...so di sini sy ideakan kepada anda cara mudah...
Dalam kes ini sy gunakan pen khat jenama ZIG 3.0 dan Artline 3.0 & 2.0
Untuk ink Merah...saya gunakan pen Artline 0.9
Ikuti langkah2 berikut :
1. Dapatkan pen khat warna hitam seperti dalam gambar
2. Dapatkan juga pen jenama Artline 0.9 warna merah (warna lain pun ada)
3. Keluarkan ink catridge ke dua-dua pen dari belakang pen dengan membuka penutup
4. Keluarkan pemegang mata khat dan basuh dengan air sampai ia berubah menjadi cerah (maknanya ink asal sudah hilang). Lap dgn tisu sampai kering kesan warna hitm dan airnya juga sudah kering
5. Masukkan semula pemegang mata pen khat ke tempat asalnya
6.Masukkan catridge ink pen merah kedalam pen khat....tunggu hingga warna merah meresap sampai ke hujung mata pen
7. Jika warna merah itu cair...maknanya air masih ada di mata pen (gunakan tisu utk serapkan air sehingga berpuas hati warna merah sudah okay)
8. Sedia digunakan
Selamat mencuba....
Semoga bermanfaat kepada semua..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan