16 Mei 2010

Selamat Hari Guru 2010

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...
Dikesempatan ini saya mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Guru 2010 kepada semua warga pendidik di negara ini terutamanya rakan-rakan guru di SK Datok Keramat (1). Semoga kita semua dirahmati Allah di atas usaha kita dalam mendidik anak bangsa menjadi generasi yang berakhlak mulia dan berpekerti tinggi.
Kepada guru-guru saya di SMK Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu...andalah inspirasi saya selama ini dalam mencari arah perjuangan dalam bidang pendidikan... Kepada Cikgu Abdul Hamid, Cikgu Zainal Abidin, Cikgu Hasyim, Cikgu Latifah, Cikgu Zainab, Pengetua Ust. Mohd b. Ibrahim (Ust Him), Ustaz Ilyas Abu Bakar (Guru Khat masa tingkatan 4 & 5 - 1989-1990), dan semua guru lain lagi (Tak ingat dah namanya...) terima kasih atas pengorbanan anda mendidik kami di generasi ketiga SMK Sheikh Abdul Malek...
Terima kasih juga kepada semua warga pendidik SK Datok Keramat (1)... kerana di sinilah bermulanya  perjuanganku...
SELAMAT HARI GURU - TERIMA KASIH CIKGU, CIKGU JASAMU DIKENANG SEPANJANG ZAMAN

Tiada ulasan: