14 Mac 2010

BENGKEL KHAT THULUTH KOLEJ UNGKU UMAR UKM

Pada Sabtu lepas saya dijemput oleh rakan penggiat khat dari UKM iaitu Sheikh Abdul Salam Morsyidi bagi menjayakan Bengkel Khat Thuluth sempena Program Minggu Penghayatan Islam di Kolej Ungku Umar...Kebanyakan hadirin adalah pelajar UKM yang ingin menajamkan skil khat mereka dan saya lihat ada antara mereka yang berbakat besar dan mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang ini sekiranya memberi tumpuan yang berterusan kepada aspek latihan dan kaedah pembentukan huruf. Walaupun agak kesuntukan masa, saya memberikan tumpuan kepada beberapa aspek terutamanya kaedah huruf tunggal, penyusunan perkataan, pembinaan perkataan berdasarkan bentuk dan beberapa tips untuk bagi menambahkan lagi minat peserta kepada aktiviti seni khat. Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi oleh pelbagai pihak bagi menyemarakkan lagi kegiatan seni Islam ini.
Peserta tekun menulis
   
Saudara Firdaus dari IPG Kampus Pend. Islam (MPI)
Saudara Abdul Salam Morsidi
Khatboard banyak membantu
Menerima tanda ingatan dari Penganjur...terima kasih banyak2
Kenangan bersama

Tiada ulasan: