06 Mei 2011

PROGRAM RAKAMAN TV PENDIDIKAN MARI BELAJAR SENI KHAT NASAKH

Tarikh : 3 & 4 Mei
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan, Kem. Pelajaran M'sia, Bukit Kiara
Anjuran : BTP, KPM

Assalamualaikum wm wbt. Semalam berakhirnya program rakaman TV Pendidikan Mari Belajar Khat Nasakh bersama murid-murid saya seramai 6 orang. Inilah kali pertama buat lakonan pengajaran kelas secara terus menerus lebih kurang hampir 20 minit. Fuhhhh...rasa nak pecah tongkolok sebab kena bercakap dalam nada yang tinggi sepangjang proses rakaman tersebut berjalan. Saya memang tak pernah hadapi situasi seperti ini. Pertama kali mengadap 4 kamera sekaligus dalam studio yang serba canggih dan pada mulanya rasa nak pitam....selepas beberapa kali mencuba dan diberi tunjuk ajar oleh krew2 bertugas, Alhamdulillah proses rakaman berjalan dengan lancar.


Rakaman ini dicadangkan 10 episod pembelajaran khat nasakh huruf tunggal. Tetapi untuk peringkat pertama dibuat 4 episod terlebih dahulu.
Episod Satu : Sejarah khat nasakh, alatan Menulis dan huruf alif
Episod Dua : Huruf Ba, Ta, Tha
Episod Tiga : Huruf Jim, Ha, Kho
Episod Empat : Huruf Dal, Za

Setiap episod dicadangkan tiga atau empat segmen. Program ini di terbitkan oleh BTP untuk disiarkan di dalam Edu-Web TV dan di arahkan oleh En Mohd Razi iaitu salah seorang penerbit di Bahagian Kurikulum, BTP KPM. Adalah diharapkan program ini dapat membantu sedikit sebanyak guru-guru di sekolah dalam memahami teknik-teknik asas dalam penulisan huruf tunggal khat nasakh.






















3 ulasan:

muati81 berkata...

askum...lama tak dengar khabar berita...tahniah syeikh...moga seni khat berkembang sumur di hati org Malaysia lepas ni...teruskan perjuangan....

Khatboard Visualizer berkata...

Terima kasih sahabat...InsyaAllah dengan adanya usaha2 mcm ni oleh pihak berwajib (KPM) seni khat boleh berkembang dgn lebih meriah lagi...

Rahman Sahlan berkata...

Tahnuah syeikh...bangga rasanya bila ada rancangan seni khat khusus macam ni, teringat masa zaman kecik dulu ada rancangan seni khat bersama ustaz asrak osman...