12 Februari 2014

KURSUS PENDEK PENULISAN KHAT 
ANJURAN PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN DAN 
MUZIUM KESENIAN ISLAM MALAYSIA

Alhamdulillah dengan izinNya pihak PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN DAN 
MUZIUM KESENIAN ISLAM MALAYSIA telah berjaya merancang dan menjalankan kursus Penulisan Khat untuk tahun 2014 ini. Seramai hampir 60 orang peserta kursus yang terdiri daripada pelbagai latar belakang telah mendaftar pada hari pertama iaitu 8 Feb lepas.

Dijangka lebih ramai lagi akan menyertai kursus ini dan merupakan penyertaan teramai sejak 5 tahun lepas (2013 = 50+ orang peserta)

Syukur juga saya masih diberi kepercayaan untuk mengendalikan sesi pertama (sesi pengenalan dan taaruf bersama kakitangan Bahagian Pendidikan MKIM dan Exco Persatuan Seni Khat Kebangsaan. 

Selepas sesi taaruf, saya telah mengendalikan sesi pengenalan seni khat, jenis-jenis khat, alatan menulis dan menunjuk cara pemotongan mata pen khat. 
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. 

Poster Kursus
 Jadual Terbaru selepas ubahsuai daripada jadual lama kerana ramainya peserta.

Tn Hj Mohammad Yusof Abu Bakar (YDP PSKK) menyampaikan 
ucapan dan merasmikan kursus 

 



 Khusuk semuanya...
 En Abdul Matin (Asal drpd Canada) di hujung sekali

Tn Hj Aris Atan (Bendahari PSKK)


En Syafie (Saya tak de, tukang ambik gambar mmg selalu takde dlm gambo kan...)

Tiada ulasan: