03 Jun 2016

RINGKASAN PERKARA-PERKARA PENTING UNTUK BELAJAR SENI KHAT

A. PERSEDIAAN SEBELUM MENULIS KHAT  

Alatan :
1. Pen khat
1a. Pen khat beli siap :
·         Saiz 1 – 3 mm
·         Jenama PILOT, ZIG, ARTLINE
·         Pen jenis fountain (ada tempat menyedut dakwat)
·         Marker pen (whiteboard, permanent)

1b.  Pen Khat Buatan Sendiri :
·                             Boleh dihasilkan sendiri daripada bahan-bahan berikut :
o   Kayu resam (1 – 5mm)
o   Buluh Cina (5 – 8mm)
o   Buluh pelita raya (5 – 10mm
o   Buluh Chopstick (2 - 5mm)
o   Batang aiskrim (perlu dilekatkan pada pemegang)
o   Duri Pokok Ijok (saiz 1 – 4 mm)
o   Sudip daripada buluh (2 – 3 inci)

2. Dakwat
Jenis yang bagus ialah dakwat yang berasaskan air(water base ink) dan water proof.
Dakwat gred tinggi water proof (membuat karya) :
  •    HOLBIEN buatan Jepun (Anggaran RM40-50 30ml)




  •    AERO Color buatan Jerman (RM25-30)
Dakwat gred sederhana tidak waterproof (Latihan) :
  •    DAISO Ink buatan Jepun
  •    Indian Ink | WINSOR NEWTON Brand
  •    Chinese Ink Saintograph

  •     Chinese Ink (berbau busuk)


4. Kertas ; art paper, Tracing, butter
5. Pelapik
6.Buku rujukan khat karya kaligrapher tersohor.
·         Boleh didownload di page saya : www.facebook.com/ashabulkhat/

 B. SEMASA MENULIS
1.    Duduk dengan selesa. Kertas selari dgn badan. Jangan sengetkan kertas.
2.    Tinggikan bahagian hadapan menggunakan pelapik yang rata.
3.    Garis asas ada 3 mengikut ketinggian jenis2 khat. Garis atas, tengah dan bawah.
4.    Sudut kecondongan mata pen
5.    Titik sbg ukuran setiap huruf samada tinggi, lebar dan bujur.
6.    Pergerakan mata pen step by step.
7.    Kepala atau hujung ekor huruf dilukis dengan hujung mata pen khat.
8.    Kadar kecondongan huruf.
9.    Sambungan sendi2 huruf.
10. Mulakan melatih huruf tunggal sampai habis.
11. Diikuti sambungan 2 huruf daripada alif hingga ya.
12. Kemudian menulis kalimah2 pendek.
13. Menulis karya dengan meniru atau menekap.

C. CARA MUDAH BELAJAR KHAT

1. Amalkan baca rabbi yassir
2. Meniru, menekap
3. Latihan berterusan
4. Kene tenang emosi
5. Lepas buat kerja2 berat, jgn menulis
6. Masa yg sesuai
7. Buka link2 tentang belajar khat daripada master2 terhebat dunia. Antaranya di sini : 


Tips Menulis Khat oleh :

 



 



 
ABDUL WAHAB KHALID
Bendahari PSKK Sesi 2016-2018

Tiada ulasan: