22 September 2018

PENCAPAIAN TERBAIK SEJAK MENGAJAR KHAT DI SEKOLAH

PENCAPAIAN TERBAIK SEJAK MENGAJAR KHAT DI SEKOLAH

Alhamdulilah segala puji-pujian hanya padaMu Ya Allah atas segala nikmat dan rezekiMu kepada hambaMu ini.

Baru-baru ini dijalankan Pertandingan Kompang Selawat dan Seni Khat bagi Zon (Daerah) Keramat, Sentul, bangsar dan Pudu. Alhamdulillah murid saya mendapat Naib Johan dalam kedua-dua kategori Lelaki dan Perempuan.

Kemudian diperingkat Negeri WPKL, alhamdulillah kedua-duanya Johan Seni Khat dan akan mewakili WPKL ke Peringkat Kebangsaan yang akan dijalankan pada 13 hingga 15 Oktober nanti. Syukur padamu ya Allah atas kejayaan ini. 

Semoga mereka berdua dapat membuat yang terbaik di sana nanti. Minggu depan depa berdua dah nak UPSR. So ambo tak mau ganggu dulu buat sementara ini. Biar mereka fokus UPSR. InsyaAllah selepas itu kita pulun untuk latihan pusat di SKDK 1 InsyaAllah.













Tiada ulasan: