Nik Maghfirah (kiri) bersama kakaknya, Nik Mawaddah menjuarai
Pertandingan Kaligrafi Khat Peringkat Negeri Kelantan Sekolah YIK di
SMU(A) Bustanus Saadah, Kampung Morak.
TUMPAT - Dua beradik mencipta sejarah melalui hasil tulisan tangan khat
mereka apabila berjaya meraih kejuaraan dalam Pertandingan Kaligrafi
Khat Peringkat Negeri Kelantan, Sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Nik Maghfirah Nik Abdul Rahman, 15, memenangi kategori B, manakala kakaknya, Nik Mawaddah, 17, juara kategori A.
Nik Maghfirah berkata, kemahiran menulis khat diasah melalui bakat ayah mereka, Nik Abdul Rahman Zaki Nik Abdul Kadir, 46, yang juga penulis khat dari Kampung Baru, Pasir Pekan di sini.
Ketua juri, Nik Abdul Rahman Nik Abdul Kadir berpuas hati dengan hasil seni khat yang dihasilkan peserta.
Dalam pertandingan itu, juara lelaki kategori A dimenangi Muhammad Amar Zikry Mohamad Fauzi, 16, dan kategori B pula disandang Nik Mohammad Ayyub Sidqi Nik Mohd Yusoff, 15, dan kedua-duanya dari Maahad Muhammadi (Lelaki) Kota Bharu.
Sementara itu, pengerusi pertandingan, Wan Fakrulrazi Wan Mahmood berkata, seramai 96 pelajar dari 27 sekolah di bawah YIK seluruh Kelantan menyertai pertandingan seni kaligrafi khat ini.
Menurutnya, penyertaan tahun ini lebih ramai berbanding tahun sebelumnya dan menyifatkan ia satu perkembangan positif terhadap perkembangan tulisan khat.
Nik Maghfirah Nik Abdul Rahman, 15, memenangi kategori B, manakala kakaknya, Nik Mawaddah, 17, juara kategori A.
Nik Maghfirah berkata, kemahiran menulis khat diasah melalui bakat ayah mereka, Nik Abdul Rahman Zaki Nik Abdul Kadir, 46, yang juga penulis khat dari Kampung Baru, Pasir Pekan di sini.
“Sejak kecil lagi saya selalu lihat ayah menulis khat, cantik sangat, ia seni yang indah membuatkan kami jatuh hati. “Di usia 8 tahun lagi, manakala kakak di usia 10 tahun, kami sudah pandai menulis khat,” katanya.
Kedua-dua beradik tersebut merupakan pelajar Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu. Nik Maghfirah mahir menguasai khat nasakh dan rikaah, manakala Nik Mawaddah mahir khat thulus dan rikaah.Dalam pertandingan itu, juara lelaki kategori A dimenangi Muhammad Amar Zikry Mohamad Fauzi, 16, dan kategori B pula disandang Nik Mohammad Ayyub Sidqi Nik Mohd Yusoff, 15, dan kedua-duanya dari Maahad Muhammadi (Lelaki) Kota Bharu.
Sementara itu, pengerusi pertandingan, Wan Fakrulrazi Wan Mahmood berkata, seramai 96 pelajar dari 27 sekolah di bawah YIK seluruh Kelantan menyertai pertandingan seni kaligrafi khat ini.
Menurutnya, penyertaan tahun ini lebih ramai berbanding tahun sebelumnya dan menyifatkan ia satu perkembangan positif terhadap perkembangan tulisan khat.
“Johan akan mewakili Kelantan ke peringkat kebangsaan nanti yang akan diadakan di Wilayah Persekutuan,” katanya.
Terdahulu, perasmian program disempurnakan oleh ADUN Wakaf Bharu, Mohd Rusli Abdullah di Dewan Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab (A) Bustanus Saadah, Kampung Morak.
Tahniah buat kedua-duanya. Seingat saya mereka berdua pernah Johan Pertandingan Seni Khat di Terengganu International Islamic Art Festival (TIAAF) tahun 2012 kategori sekolah rendah dan menengah. Sehebat ayahandanya ketika zaman sekolah dulu yang pernah Johan Khat Asean di Brunei pada usia 17 tahun. Memey hebak org Tranung kata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan