Antara alatan yang disediakan untuk jualan adalah seperti berikut :
1. SET ASAS (Beginner)
Terdiri daripada :
- 5 Batang pena khat kayu resam saiz 1 hingga 5mm : RM20.00
- Ink dalam bekas Ink RM10.00
- Kertas khas untuk seni khat : Art Paper satu pack 25 helai : RM5
- Nota khat Nasakh : RM5.00
- Refill INK : RM10.00
- Pos RM10.00
- Semuanya RM60.00
![]() |
Bekas Ink |
![]() |
Mata pen kayu resam pelbagai saiz |
2. SET BEKAS PEN KHAT (KAYU DRPD PAKISTAN)
(NO STOCK) Bekas isi peralatan khat ini merupakan set yang mengandungi :
i. Bekas Kayu buatan PAKISTAN = RM50
ii. 5 batang pen khat kayu resam saiz 1 hingga 5 mm (RM5 x 5 = RM25)
iii. 4 batang pen bersaiz besar dari 5 hingga 14 mm (RM10 X 4 = RM 40)
iv. 2 bekas dakwat (hitam dan kelabu) - (RM10 X 2 bekas = RM20)
v. 1 dakwat tambahan 20ml (warna hitam) - PERCUMA
vi Kertas pasir - PERCUMA
Harga PROMOSI adalah RM 120.00 satu set.
POS : RM 15
Pandangan atas
Ada poket kecil dibahagian bawah untuk mengisi 3 set batang resam
Panjang : 12 inci
3. Pen Khat Tempahan Khas (L)
- Bahan mata pena : Buluh keras
- Pemegang pen : Buluh Cina atau kayu larik
- Saiz : Pelbagai saiz. Daripada 6mm hingga 2 inci
Harga RM 10.00 sebatang
Saiz daripada 6 mm hingga 25mm
4. Pen Khat Tempahan Khas Bersaiz Besar (XL)
Ini pen tempahan khas diperbuat daripada kayu cengal.
Sejenis kayu yang sangat tahan lama dan keras.
Pemegangnya daripada buluh Cina.
Sangat sesuai jika ingin mencuba kelainan dalam penulisan khat
atau menulis atas kanvas yang bersaiz besar
Harga RM 20.00 sebatang
5. Pen Khat Tempahan Khas Bersaiz Besar (XXL)
Pen kayu bermata besar melebihi 2 inciPen jenis ini biasanya digunakan untuk menulis artwork bersaiz besar sama ada atas kanvas atau demonstrasi di hadapan orang awam. Caranya ialah dengan membalut mata pena ini dengan sejenis kain khas dan diikat kemas dengan salotape atau getah (ring rubber). Kemudian dibasahkan dan dicelupkan dakwat sebelum menulis. Tujuan dibalut dengan kain ialah supaya dakwat tidak meleleh semasa proses menulis terutamanya menulis atas kertas yang digantung.
Nota :
i. Pen bermata buluh ini berkemungkinan tidak sama
dari segi rekabentuk dari masa ke semasa.
ii. Bentuk Bekas biasanya sama kecuali hiasannya saja berkemungkinan berlainan. Ianya bergantung kepada stok sedia ada daripada pembekal.
iii. Jika anda ingin membuat penambahan pen bermata buluh dan bersaiz lebih besar, sila maklumkan semasa membuat pesanan.
Paling besar sehingga 5 inci.
6. Marker Whiteboard Bersaiz 10mm
Marker Artline 5100A bersaiz 10mm siap potong mata biasa menjadi mata khat.
Warna : Hitam, Biru dan Merah
Harga : RM15.00 satu batang
Setiap belian 10 unit akan mendapat
percuma refill hitam 1 botol yang berharga RM6.50
Atas : Setelah dipotong
Bawah : Asal sebelum dipotong
Perbandingan dengan pen biasa
BEKAS INK
RM10.00
Bekas Dakwat untuk menulis khat (warna hitam)
Bahan : Badan Plastik bertekanan tinggi tidak mudah pecah (Seperti kaca)
Penutup : Plastik putih berwarna Gold dan ada Stiker Persatuan Seni Khat Kebangsaan
RM10.00
Dakwat Hitam Refill (20ml)
KERTAS KHAS SENI KHAT
Memperkenalkan kertas untuk latihan seni khat yang di cetak khas dengan garis-garis melintang dan menegak bagi memudahkan anda menulis sama ada huruf tunggal, kalimah dan ayat. Anda tidak perlu lagi membuat garisan sebelum mula membuat latihan. Jadi masa dapat dijimatkan dan produktiviti dapat ditingkatkan.
Sila hubungi di no ini...
9 ulasan:
Assalam ust... Nk tnya... qalam besi ada jual x?
assalamuaikum ustz, berapa harga satu set khat board?
Assalamualaikum bagaimana jika mahu buat pembelian?
Assalamualaikum ustad saya berminat nak beli
Mau pesan pena kaligrafi dari batanf resam murab hemat nyaman,
Bukalapak.com cari pena kaligrafi dari batang resam , semoga bermanfaat.
As slm. Masih bole buat pesanan set Khat beginner. Tq
As slm. Masih bole buat pesanan set Khat beginner. Tq
Assalam....ada tk pen khat buluh saiz 5mm
Assalamualaikum ustaz kalau saya beli pen khat boleh hantar tak kat Klang
Catat Ulasan