KHIDMAT MENULIS KHAT di MASJID @ ART WORKS

Sejak lebih dari 10 tahun lepas saya ada membuat khidmat menulis tulisan khat berkaitan ayat2 al-Quran di masjid2 seluruh negara yang dikendalikan oleh dua buah syarikat berkaitan hiasan masjid (1 bumiputra dan 1 Muallaf Cina). Saya menjadi penasihat dan penulis khat bagi setiap projek mereka yang berkaitan dengan seni khat. Tak kira lah di masjid, surau atau rumah orang perseorangan. Alhamdulillah dapatlah juga membantu walaupun saya bukanlah penulis khat ternama. 

Yang penting saya nak mengelakkan mereka atau syarikat2 berkaitan khat mengupah penulis khat yang bukan mahir dalam bidang khat dan akhirnya akan menyebabkan hasil tulisan itu rosak dan tidak mengikut kaedah yang sebetulnya. Sudah banyak saya ketemui kes2 seperti tulisan khat yang bermasalah di masjid2 di negara kita, yang kononnya ditulis oleh penulis khat yang mahir, tetapi MasyaAllah, rosak kesenian dan keaslian khat itu sendiri. Sedih2...
Lagi sedih apabila saya pernah berkhidmat dengan satu syarikat pembuat hiasan khat antara 2003 hingga 2006 yang masih menggunakan tulisan khat saya hingga ke hari ini tanpa membayar satu sen pun kecuali bayaran pertama sewaktu sy menyerahkan artwork dahulu. Betullah saya tak buat perjanjian bertulis tentang royalti penggunaan tulisan khat saya itu, tetapi sebagai seorang Islam (Pemiliknya Muallaf Asal Cina) anda kenalah ada sifat insaan dalam hati anda. 

Takkan anda guna artwork saya sudah hampir 10 tahun, satu senpun takda royalti. Sekurang-nya adalah juga bonus setahun sekali bagi menyokong penggunaan artwork saya itu. Entahlah, manusia yang berbisness ni, memang keuntungan saja dalam fikiran mereka, tiada langsung sifat nak berkongsi rezeki sesama pengkarya khat macam saya dan ianya bukan saja berlaku pada saya, juga berlaku pd sahabat2 lain juga..

Tak apalah, semoga khat itu menjadi saksi di hari akhirat nanti tentang sifat tamak anda dalam mengejar keduniaan walaupun bidang itu berkaitan masjid. Semoga diampunkan Allah akan dosa2 kita...
 
... AMIIIIN ...

Dilarang membuat salinan semula mana2 artwork di sini. Sila hubungi saya di talian 019 393 6269 untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.



2016

 Mei 2016
Tempahan ayat2 di Surau Saudara Baru (Muallaf) Sentul
Kuala Lumpur 



April  2016 
Menulis ayat-ayat untuk Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh yang dalam proses dinaiktaraf.




Januari 2016

Menghias Surau SMK Bandar Baru Seri Petaling 

Jika ada yang berminat nak menghias surau seperti ini, boleh lah hubungi saya di talian 019 3936269







 























April 2015

MASJID BUKIT JALIL

Status :: Sedang dalam rangka draft. Jangkaan siap dalam tempoh sebulan

Draft 1 :Mihrab




Feb. 2015

Logo 50 Tahun Masjid Negara






BANGLO BUKIT JELUTONG
 Difahamkan ianya sebuah banglo milik seorang Datok...



 
Jun 2014
 MASJID AL-HUSSIN, SEREMBAN 2

Merupakan infaq waqaf oleh Ybhg. Tan Sri Rashid Hussin bekas pemilik RHB Bank.
Semoga jariah beliau diberkati Allah






Feb. 2013
 MASJID KAMPUNG KELULUT, SEBERANG MARANG, TRG




Antara masjid2 yang masih saya ingat ialah :












Tiada ulasan: