PEN KHAT BUATAN SENDIRI
Pen khat merupakan alatan wajib ada bagi setiap penulis khat. Justeru itu ada yang membeli dari sahabat2 yang lain dan ada juga yang membuat sendiri. Bergantung kepada kreativiti masing2. Ada yang menggunakan mata buluh dan kayu resam sebagai pemegangnya. ada yang menjadikan buluh sebagai pemegang. Terpulanglah asalkan selesa.
Bagi anda yang mempunyai bajet tinggi anda oleh membeli daripada pembuat pen khat yang sedia menjualnya dengan harga yang boelh tahan juga (saya pun jual juga jika ada kawan2 nak - huhu..) Jika anda rasa nak mencoba sesuatu yang baru, meh saya ajarkan. Jika tidak faham juga apa yang diterangkan disini, jangan malu jangan seganhubungilah saya di talian 019 393 6269 untuk tempahan yea...
Dalam post ini, saya akan memberikan panduan umum bagaimana hendak membuat sebatang pen khat daripada bahan2 sedia ada. Dalam hal ini saya gunakan batang kayu berus lukisan.

Pertamanya sila pastikan berus yang anda beli bukan diperbuat daripada bulu babi. Seterusnya sila perhatikan jenis kayu yang digunakan ialah dari jenis yang agak keras (biasanya warna jernih) seperti dalam gambar pertama. Saya pilih berus lukisan nylon bersaiz 12 sebagai demonstrasi kali ini.
Langkah 1 :
Beli berus lukisan nylon bersaiz 12 atau yang lebih besar. Kayunya jenis cerah kekuningan dan nampak urat kayunya. Bermakna kayu ini berkualiti tinggi dan agak keras. So sesuailah digunakan untuk pen khat ini. Saya sudah lama menggunakan teknik ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda lah yea...

Langkah 2
Potong bahagian berusnya
Langkah 3
Buang sebahagian hujung kayu menjadi seperti gambar di bawah. Gunakan pisau yang tajam. Kemudian kikirkan dengan kikir besi supaya nampak lebih kemas. Akhirnya plas dengan kertas pasir.
Langkah 4
Raut dan buang kedua-dua sisi hujung mata kayu seperti gambar dibawah
Langkah 5
Potong hujung mata pena supaya tirus begini. Sudut serong dalam 40 darjah.
Langkah 6
Asah kedua-dua permukaan mata pena supaya sama dan tidak terlalu tajam. Menggunakan kertas pasir bernombor 200 hingga 300
Langkah 7
Tandakan seperti gambar di bawah untuk sebagai panduan membuat alur aliran dakwat.
Langkah 8
Tebuk 3 lubang menggunakan mata drill halus 2mm
Langkah 9
Buat alur aliran dakwat seperti gambar di bawah
Buat di kedua-dua permukaan pena supaya aliran pen lancar dan tidak tersekat
Aliran dakwat ini lebih elok dibuat menggunakan gergaji mata halus 0.5mm yang biasanya digunakan oleh kedai iklan untuk memotong aclilic atau papan plastik akrilik, no plate kenderaan dan sebagainya
seperti gambar di bawah

Biasanya saiz berus 12 kita akan dapat membuat pen khat bersaiz antara 15 ke 16 mm. Boleh tahan besar juga ni kan.
SEDIA UNTUK DIGUNAKAN
Ini menggunakan dakwat Aerocolor atas kertas art paper
Ini pula tulisan dakwat Aerocolor atas canvas
Amacam senang kan... aliran dakwat itu mesti dibuat supaya aliran dakwat menjadi lebih sekata dan bertahan lebih lama. Tulisan akan lebih lancar dan lembut.
SELAMAT MENCUBA...
MEMBUAT
PENA KHAT DARIPADA BATANG KAYU RESAM PAKU PAKIS
Buat pengetahuan rakan-rakan pembaca sekelian, pokok resam adalah sejenis pokok renek dan menjalar daripada keluarga paku pakis. Tapi hat ni tidak boleh rebus atau makan. Ianya banyak tumbuh di kaki bukit di negara tropika terutamanya Asean.
Penulis khat tempatan dan luar negara biasanya menjadikan ia sebagai salah satu pilihan yang baik untuk dijadikan pena khat kerana sifat semulajadi batang pokok itu yang sanat keras. Disamping itu ia juga bersaiz pen standard yang berdiameter 5 hingga 8 mm, iaitu sesuai digenggam untuk tujuan penulisan.
Di bawah ini beberapa langkah penghasilan pena khat daripada pokok paku pakis resam. Ini cara saya sendiri. Orang lain mungkin berbeza kaedah dan caranya. Yang penting menjadi..Kaann
Kayu resam yang sudah siap raut dipanggil handam - penkhat handam

Kayu resam yang sudah siap raut dipanggil handam - penkhat handam
Photo Daun Pokok Resam
Saiz biasanya antara 1mm hingga 8mm bergantung saiz diameter pokok resam
Langkah-langkahnya :
1. Pilih yang tua, bersaiz
yang besar dan lurus sebelum dipungut di kaki bukit atau hutan
2. Biarkan kering selama
seminggu atau lebih dibawah redupan
3. Potong mengikut saiz yang
sesuai – 6 hingga 8 inci dengan gergaji kecil
4. Raut dengan pisau membentuk
mata pena khat
5. Tentukan saiz sebelum
dipotong serong 45 darjah ditempat raut tadi
6. Asah dengan kertas pasir
saiz 240-300
7. Mencuba jaya menulis
Sebenarnya banyak lagi alatan yang kita boleh ubahsuai
bagi menjadikan pen khat buatan sendiri seperti :
- Duri pokok ijok
- Chop stick buluh
- Batang aiskrim
- Buluh pelita raya (kedai RM2 banyak jual)
- Batang buluh berus cina
- Buluh lapik periuk
- Sudip masak (untuk saiz melebihi 2 inci)
- dan macam-macam lagi
SELAMAT MENCUBA...
3 ulasan:
tahniah tuan...terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini.
mohon izin untuk mencuba.
Silakan Tuan
Terbaik ahh...terima kasih
Catat Ulasan