PERSEDIAAN SEBELUM MENULIS KHAT
Sebelum belajar menulis tulisan khat, anda perlulah ada alatannya terlebih dahulu. Ibarat kita jika nak bina rumah, mestilah ada segala alatan untuk bina rumah. Bukan alatan untuk buat kueh. Tak gitu kawan-kawan. So di bawah ini saya senaraikan beberapa jenis peralatan yang biasanya saya dan sahabat-sahabat penggiat seni khat yang lain gunakan. Bahkan digunakan oleh penulis-penulis khat dari seluruh dunia.
Alatan :
1. Pen khat
a. Pen khat beli siap : Saiz 1 – 3 mm
Jenama PILOT, ZIG, ARTLINE dan lain-lain, asalkan matanya serong
Kelebihan : Murah, mudah didapati dikedai-kedai stationery
Kelemahan : Mata pen cepat rosak, ada orang kata jika tahan lama, tutuplah kilang dia

b. Pen jenis fountain (ada tempat menyedut dakwat)
Kelebihan : mata besi, ofkoz la tahan lama kaann

c. Marker pen (whiteboard, permanent)
d. Pen Khat Buatan Sendiri :
Boleh dihasilkan sendiri daripada bahan-bahan berikut :
• Kayu resam (1 – 5mm)
• Buluh Cina (5 – 8mm)
• Buluh pelita raya (5 – 10mm)
• Buluh Chopstick (2 - 5mm)
• Buluh Pelapik Periuk yang dijual di kedai ECO RM2 yar. Kena potong ikut saiz yang sesuai.
• Duri pokok ijok (buat mata pena khat sahaja), pemegang lain
CARA HASILKAN PENA KHAT DARIPADA POKOK KAYU RESAM
1. Pungut dari hutan, tepi bukit, pilih saiz besar, lurus dan tua, potong pendek-pendek dalam 3 hingga 4 kaki panjang
2. Biarkan kering selama seminggu atau lebih
3. Potong mengikut saiz yang sesuai – 6 hingga 8 inci
4. Raut dengan pisau membentuk mata pena khat
5. Tentukan saiz sebelum dipotong serong ditempat raut tadi
6. Asah dengan kertas pasir saiz 240-300
7. Mencuba jaya
Ini video cara asah pena resam oleh Ust Helmi Sobri
2. Dakwat
Jenis yang bagus ialah dakwat yang berasaskan air (water base ink) dan water proof. Dakwat gred tinggi water proof (membuat karya) :
1. Dakwat HOLBIEN buatan Jepun
Antara yang terbaik kami gunakan sekarang
(Anggaran RM40-50 : 30ml) – Water proof

2. AERO Color buatan Jerman
(Anggaran RM40-50 : 30ml) – Water proof
Juga bagus untuk menulis karya atas kanvas

3. SUMI Drawing Ink (DAISO Ink) buatan Jepun
Biasanya digunakan untuk belajar dan latihan sahaja


4. Dakwat Cina
Untuk latihan – Non Water proof Murah tetapi berbau - Non Water proof

Sekiranya tuan-tuan susah untuk mendapatkan ink-ink di atas, anda boleh gunakan Stamp Pad Ink Refill jenama Artline. Saya dah cuba, dah ianya juga bagus untuk membuat draft-draft khat. Tetapi bukan untuk karya yea. Nanti lekang kemudian hari naya-naya...

3. Kertas
3.1 Kertas terbaik adalah Waraq Muqahhar.
Sejenis kertas biasa yang melalui proses khas dan dijadikan kertas untuk menghasilkan karya agung atau dalam pertandingan khat peringkat antarabangsa.
Tiada dijual di kedai
Ada pembuat kertas jenis ini dan mereka menjualnya secara on-line.

Penulisan Khat oleh Sifu Khat Malaysia Ust Abdul Baki Abu Bakar di atas kertas waraq muqahhar
Link : Ust Abdul Baki FB

Contoh Karya atas kertas waraq muqahhar oleh Salam Khat
Link : https://www.facebook.com/SalamCalligraphyArt

3.2 Kertas art paper
Biasanya untuk latihan dan karya-karya untuk simpanan
Bersaiz A4, A3, A2 dan A1
Tebal 105gsm, 128 gsm, 157gsm. Jika lebih tebal dari ini, dipanggil Art Card
Jika tiada kertas ini, anda boleh gunakan kertas minyak (potong jadikan saiz A4)
3.3 Kertas Tracing atau Butter Paper
Boleh digunakan untuk meniru tulisan secara menekap dari buku panduan
Kaedah ini sangat berkesan bagi permulaan pembelajaran seni khat
Pastikan mata khat sama dengan saiz nota yang ingin ditekap
3.4 Pelapik menulis khat
Pastikan pelapik ini rata dan sedikit lembut
Supaya proses penulisan tidak terganggu
3.5 Buku rujukan khat karya kaligrapher tersohor
Sangat penting sebagai rujukan UTAMA mengikut jenis khat yang ingin dipelajari.
Boleh dibeli secara online
Boleh didownload di page : www.facebook.com/ashabulkhat
Amalan Baik Bagi Seorang Pelajar Seni Khat :
1.Duduk dengan selesa. Kertas selari dgn badan. Jangan sengetkan kertas.
2.Amalkan baca رب يسر ولا تعسر رب تمم بالخير وبه العون sebelum menulis atau latihan.
4.Garis asas ada 3, mengikut ketinggian jenis2 khat. Garis atas, tengah dan bawah.
5.Sudut kecondongan mata pen
6.Titik sbg ukuran setiap huruf samada tinggi, lebar dan bujur.
7.Pergerakan mata pen step by step.
8.Kepala atau hujung ekor huruf dilukis dengan hujung mata pen khat.
9.Kadar kecondongan huruf.
10.Sambungan sendi2 huruf.
11.Mulakan melatih huruf tunggal sampai habis.
12.Diikuti sambungan 2 huruf daripada alif hingga ya.
13.Kemudian menulis kalimah2 pendek.
14.Menulis karya dengan meniru atau menekap dgn tracing paper dan butter paper
15.Latihan berterusan
16.Emosi yang tenang
17.Lepas buat kerja2 berat, jgn menulis, nanti tulisan jadi kasar
18.Cari masa yg sesuai dan tak bising
Titik Huruf
NOTA-NOTA INI ADALAH HAKMILIK
PERSATUAN SENI KHAT KEBANGSAAN
JIKA ANDA INGIN KAN SALINAN,
BOLEH HUBUNGI SAYA DI TALIAN
019 393 6269 (UST. ABDUL WAHAB KHALID)
Nota yang paling bawah ini dibenarkan copy paste dan print untuk tujuan pembelajaran.
Semoga bermanfaat InsyaAllah
8 ulasan:
Terima kasih kerana berkongsi ilmu 😊 saya mendapat pelbagai panduan daripada website ini..terima kasih😀
Terima kasih. Nota yang bermanfaat dan sangat jelas isinya. 😊👍
Terima kasih..Perkongsian yang sangat bermanfaat
Buah chempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Terimakasih
assalamualaikum...mcmna nk dptkn markerpen khat whiteboard dan permenant?sy di sabah
Waalaikumusalam, Biasanya kedai buku ada jual.. xpun awak try cari kat shoppe
السلام عليکم
تريما کاسيه ممبنرکن منيمبا دان برکوڠسي علوم.سموݢ دبرکتي.
Terima kasih atas komen2 anda...jika ada sebarang pertanyaan atau ingin membeli barang, sila berhubung terus dengan saya di www.wasap.my/60193936269
TERIMA KASIH
Catat Ulasan