05 Mei 2026

ALAT PENGASAH PENSEL KHAT JAWI

Alat ini merupakan ciptaan & inovasi saya pada awal 2015 dan dikembangkan sikit-sikit sehinggalah dipaten kan pada 2023. 

Mendapat Anugerah Perak dalam Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan di Air Keroh pada 2019 dan Anugerah Emas Pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2023 anjuran Majlis Guru Cemerlang Malaysia di Kajang.

Alat ini digunakan untuk mengasah pensel khat mekanikal atau pensel 2B bagi digunakan untuk menulis tulisan khat. Boleh lihat sini di link berikut untuk video cara guna.

Terima kasih atas sokongan semua.


Cara Guna (TIKTOK)

Video Cara Guna 1

Video Cara Guna 2








31 Oktober 2022

QALAM TASHEH @ PENKHAT BESI

 Pen ini merupakan pen tempahan khas dengan kesan laser di badan pen iaitu
 قلم الخط العربي

1. Body daripada besi dan plastik berkualiti
2. Mata ada saiz 1mm, 2mm & 3mm
3. Maksima 3.5mm
4. Pembelian secara pakej 3 saiz tersebut akan mendapat percuma pencase















16 April 2022

MENULIS AYAT MASJID AL-MUTTAQIN, SARAWAK

Alhamdulillah, 
dibulan mulia ini diberi kesempatan untuk menyediakan ayat al-Quran 
untuk masjid baru di Sarawak...Semoga dipermudahkan segala urusan InsyaAllah

02 Julai 2021

BENGKEL SENI KHAT ONLINE BERSAMA PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM)


SERTAI BENGKEL PENATARAN TULISAN JAWI SIRI 4, PADA 2 JULAI 2021 (JUMAAT)

Bengkel ini boleh diikuti secara langsung menerusi saluran PNM TV Channel menerusi pautan https://youtu.be/9OKKWZCbCcU

Waktu siaran: pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang.

Jangan lupa, berikan maklum balas anda di https://forms.gle/x56bcHcx1E7UqKmt8

Pautan pendaftaran penyertaan akan diberikan semasa siaran langsung.

Pertanyaan lanjut berkaitan bengkel ini boleh e-mel kepada:
mastura_h@pnm.gov.my atau bglm@pnm.gov.my

#HariJumaatHariJawi
#JawiUntukSemua
#perpustakaannegaramalaysia
#malaysiamembaca
#klbaca #MyMOTAC #MySeniBudaya






13 Ogos 2020

TEMURAMAH DENGAN ZAYAN FM SEMPENA "WORLD CALLIGRAPHY DAY"

Alhamdulillah pada pagi 12 Ogos  baru-baru ini saya bersama sahabat khat kufi FOKS En Ariff Asyaari dan Saudara Justin Chinese Islamic Calligrapher pertama Malaysia ke udara di konti Zayan FM.

Kebetulan hari 12 Ogos setiap tahun adalah Hari Kaligrafi Sedunia yang mula disambut pada 2017 yang lepas. Kiranya masih baru sangat lagi laa ni...huhhuu

Penyampai radio Zayan FM iaitu Brother Mawi dan Anas sangat sempoi dan meriah dalam konti. Sembang santai berkenaan kaligrafi, seni khat dan aktivit Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) 

Ini adalah kali ke dua ambo bersama Mawi di Zayan FM, kali pertama pada 2017 dulu sempena pelancaran Radio Zayan di dataran Berita Harian, Bangsar.

Terima kasih atas jemputan naa...lain kali pangillah lagi....hehe