13 Ogos 2020

TEMURAMAH DENGAN ZAYAN FM SEMPENA "WORLD CALLIGRAPHY DAY"

Alhamdulillah pada pagi 12 Ogos  baru-baru ini saya bersama sahabat khat kufi FOKS En Ariff Asyaari dan Saudara Justin Chinese Islamic Calligrapher pertama Malaysia ke udara di konti Zayan FM.

Kebetulan hari 12 Ogos setiap tahun adalah Hari Kaligrafi Sedunia yang mula disambut pada 2017 yang lepas. Kiranya masih baru sangat lagi laa ni...huhhuu

Penyampai radio Zayan FM iaitu Brother Mawi dan Anas sangat sempoi dan meriah dalam konti. Sembang santai berkenaan kaligrafi, seni khat dan aktivit Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) 

Ini adalah kali ke dua ambo bersama Mawi di Zayan FM, kali pertama pada 2017 dulu sempena pelancaran Radio Zayan di dataran Berita Harian, Bangsar.

Terima kasih atas jemputan naa...lain kali pangillah lagi....hehe


 


























Tiada ulasan: