03 Ogos 2009

KARYA SURAH YAASIN KUFI MURABA

Pada akhir 2007 yang lalu ada sahabat dari syarikat yang membuat hiasan Surau Lapangan Terbang Antarangsa Senai, Johor telah meminta saya membuat seluruh Surah Yaasin dalam bentuk berpetak (Kufi Murabba'). Jadi ini merupakan sebahagian daripada karya tersebut...
Masa yang diambil untuk menyiapkan tugasan tersebut adalah lebih kurang 3 bulan.

Asal tulisan tersebut dibuat menggunakan kaedah petak-petak yang diambil daripada Excel. Kemudian dipindahkan ke Photoshop dan diakhiri dengan program yang boleh mengedit outline dan diprintkan di kedai dengan saiz keseluruhan 3 Meter tinggi X 12 Meter panjang.

Sesiapa yang berminat dengan kaedah ini bolehlah mencuba dalam perisian Excel. Tetapi anda perlulah ada pengetahuan serba sedikit mengenai ilmu khat Kufi supaya bentuk huruf tidak lari dari kaedah asalnya.

Selamat mencuba...

Tiada ulasan: