19 September 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI



Assalamualaikum wm wbt...

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung dan peminat-peminat khat sekelian. Semoga Allah merahmati kita semua di hari yang mulia ini setelah kita mengharungi ibadah puasa selama sebulan...

Saya juga memohon ampun dan maaf di atas sebarang keterlanjuran kata, keterlepasan cakap, halalkan makan dan minum dari rakan-rakan dan sekiranya buat rumah terbuka raya nanti...jangan lupa britahu yea....kalau kesempatan InsyaAllah kita berjumpa...


Buat rakan-rakan KDP 14Minggu, marilah sama-sama kita kuatkan semangat untuk berjuang habiskan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita semua...semoga usaha kita akan memberikan impak yang sebaik mungkin kepada anak didik kita selepas tamat kursus nanti...
Selamat Menyambut 1 Syawal 1430H dengan perasaan penuh muhibbah dan kasih sayang sesama kita...

Tiada ulasan: