06 Oktober 2009

Lawatan Kerja Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu



Baru-baru ini saya dan rakan-rakan dalam Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu, Media Dalam Pendidikan Islam dan KDP 14M Tarannum dari IPG Kampus Pendidikan Islam telah mengadakan lawatan rasmi ke negeri tercinta iaitu Terengganu Darul Iman. Lawatan bermula pada 2 hingga 5 Oktober 2009. Tujuan lawatan adalah untuk melihat secara dekat perkembangan terkini aspek pendidikan di negeri ini. Penginapan di BTP Negeri Terengganu. Tempat yang dilawati adalah SK Kompleks Seberang Takir (Melihat pelaksanaan E-Book), Institut Al-Quran Terengganu, Jab. Pelajaran Negeri Terengganu, Jejak Qari, Muzium Losong, Taman Tamadun Islam, Pasar Kedai Payang dan Kursus Pendek di BTPN Trg.
Alhamdulillah boleh la juga melawat negeri sendiri walaupun tak sempat
balik kampung (di Kuala Berang). Rakan-rakan yang pertama kali datang merasa sangat berpuas hati namun dirasakan masa 3 hari tidak mencukupi....kalau boleh nak seminggu baru puas kan...


  

 Murid-murid SK Kompleks Seberang Takir belajar menggunakan E-Book dalam kelas.
Mereka tidak membawa buku teks seperti murid lain kerana semua sukatan pelajaran telah

dimasukkan ke dalam E-Book ini. Alangkah bertuahnya budak-budak ni...
Kalau dah dapat E-Book jangan pulak salah guna yea dik...belajar betul-betul tau...


 Kenangan beramai-ramai di hadapan SKKST



 Berposing di hadapan kompleks Institut Al-Quran Terengganu



Pn Hjh Rosnah (wakil rombongan) menyampaikan cenderahati kepada Tn Hj. Zubir, Ketua Sektor Akademik JPN Trg selepas sesi taklimat di JPN Trg.



 Santai di Taman Tamadun Islam Terengganu

Tiada ulasan: