19 Oktober 2009

OBSERVE UNTUK PERSIDANGAN INOVASI PENDIDIKAN ISLAM KPM 2009


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menganjurkan Persidangan Inovasi Pendidikan Islam pada anggaran masa bulan Disember 2009 nanti. Sehubungan dengan itu, pihak Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia telah telah memberi pelung kepada para Guru Pendidikan Islam dari seluruh negara untuk mempersembahkan inovasi dalam bidang Pendidikan Islam sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Seramai 20 orang peserta telah mengambil bahagian bagi membuat pembentangan bahan inovasi masing-masing...Zon Utara : 13 Oktober, Zon Tengah : 15-16 Oktober 2009



Para hakim penilai terdiri daripada pegawai-pegawai Bah. Pend. Islam, KPM



Saya membentangkan bahan inovasi bertajuk : Alat Bantu Mengajar Tulisan Khat : KHATBOARD

Inovasi Yang Dibentang pada 15 & 16 Okt di Shah Alam :
1. Ust Upiq Asmar bt Zainal Abidin - Smart Card dalam P&P (SMK TTDI)
2. Ustzh Saleha bt Ali - Meningkatkan Penguasaan dan Mengenali Tokoh Islam (SMK Seri Bintang)
3. Ust Khaled bin Mat - Sifrul Arqom (SK Besout 4)
4. Ust Omar Ismail - Pemantapan Pembangunan dan Penggunaan Balance srocecard dlm Pengurusan Pusat Pendidikan al-AMIN (AL-Amin)
5. Latifah bt Saad - Inovasi Iqra' (SK Tasik Damai)
6. Racidah bt Mohd Dahalan - Jejak Labah-Labah (SK Seri Selamat)
7. Shamsul Ariffin Sufian - Tarannum Interaktif (SMK Abu Bakar al-Baqir)
8. Rahimah Banun bt Said - Pelajaran Jawi lancar "PEJAL" (SK Lumut)
9. Asmawi Hashim - AE SYSTEM "JAWI" (SK Sauk)
10. Abdul Wahab Khalid - Bahan @ alat Mengajar Tulisan Khat "KHARBOARD" (SK Dato' Keramat (1), KL)
11. Norizan Mohamad - Amali Pengeurusan Jenazah (SMK Putrajaya Presint 8(1)
12. Sabariah Husain - Cepat Hafaz (SMK Batu Unjur)
13. Maznah Mustajab - C-JAWI (SMK TTDI)
14. Siti Aina Jani - Ki-UPS (SMK Banting)
15. Shahrun Nizam b Muhd Sukarman - Formula Mudah Membaca al-Quran (SMK Bandar Baru Ampang)
16. Mohd Hafidzuddin bin Mohd Maarof - I-MIS (SK(1) Kuala Ampang

17. Samsiah Said - SMART-Q (SMK Sg. Rawang)
18. Hasnah Yusuff - Media Tokoh Mazhab (SMAP Kajang)

19. Mohd Hanif Afit - PIL (SK Taman Melawati)
20. Ayob Mohd Ali - Mudah Tajhaf (SMK Seksyen 18)


Kepada rakan-rakan Guru Pendidikan Islam yang lain, anda masih mempunyai peluang untuk menunjukkan bakat, kreativiti dan inovasi masing dalam bidang Pendidikan Islam SR dan SM di tahun hadapan. Setakat ini dimaklumkan bahawa program ini akan menjadi program tahunan Bah. Pend. Islam, KPM. Justeru itu bersedialah dengan pelbagai bahan menarik yang berkaitan dengan PnP Bidang Pendidikan Islam, Jawi, Bahasa Arab dan Tilawah. Bahan inovasi anda boleh dibentuk dalam pelbagai jenis sama ada ABM (Hardware) dan Perisian BBM (Software). Anda boleh melayari laman blog program tersebut di http://inovasi-bpi.blogspot.com/ bagi mendapatkan keterangan lebih lanjut.

Tiada ulasan: