28 November 2009

Bengkel Khat dan Jawi Kolej The One Academy

  
   
  
      
      
Pada 22 Nov yang lepas bertempat di Muzium Kesenian Islam, saya dijemput untuk memberikan kuliah mengenai Tulisan Arab, Jawi dan Khat kepada pelajar seni daripada Kolej The One Academy, PJ. Mereka terdiri daripada 5 pelajar dan seorang pensyarah amat berminat untuk mengetahui tentang tulisan Arab/Jawi/Khat ini. Mereka diberi pendedahan mengenai sejarah tulisan Arab, perkembangan tulisan Jawi, Khat di Malaysia dan praktikal menulis Khat Nasakh. Amat jarang kita dapati masyarakat non -Muslim meminati bidang ini. Bahkan saya melihat mereka boleh menulis khat dengan baik walaupun pertama kali belajar dan menulis khat ini. Syabas kepada mereka...
Diharapkan seni khat bukan sahaja sekadar hiasan dan seni, tetapi boleh juga
dijadikan medium dakwah sebagaimana yang berlaku kepada salah seorang Khattat terkenal Jepun. Kalau tak silap eja namanya Prof Fuad Kouichi Honda. Beliau asalnya seorang arkitek yang bertugas di salah sebuah negara arab. Oleh kerana kagumnya beliau kepada keunikan khat arab/Islam ini, membawa kepada keIslamannya dan kemudiannya menjadikan beliau salah seorang khattat yang amat kreatif dalam menghasilkan karya khat.
Sekiranya anda ingin mengenali dan melihat hasil karya beliau sila layari : http://www.japantimes.co.jp/images/photos2007/20070617/index.html
Wallahu'Aklam

Sila tinggalkan komen anda

Tiada ulasan: