05 Disember 2009

Pembentangan Inovasi Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan 2009



Sedang membuat pembentangan Inovasi Khatboard


Lawatan gerai pameran oleh YBhg Dato' Hajah Noor Rezan bt. Bapoo Hashim,
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Kenangan bersama rakan2 pembentang.
Disebelah kiri saya Ust Asmawi iaitu Naib Johan Guru Inovatif Kebangsaan 2008.
Tahniah Ustaz

Bakal Juara Inovatif 2010...Ust Mohd Hang Tuah dari Kelantan
dengan Inovasinya...THAHAR-1
Sebuah alat memproses tanah menjadi debu tayamum...
Fuyyoo...semua orang respect kat dia...sebab boleh bina satu mesin
yang biasanya org teknikal sahaja yang boleh buat. Tahniah Sheikh...

Menulis nama rakan2

Alhamdulilah pada 1-4 Dis lepas saya bersama rakan-rakan guru lain diberi peluang untuk membentangkan bahan Inovasi Pendidikan Islam  di Holiday Villa, Subang Jaya. Program ini julung-julung kali diadakan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama UPM. Dengar khabarnya akan dijadikan acara tahunan terbesar BPI mulai tahun hadapan. Program ini dihadiri oleh lebih 200 orang terdiri dari pembentang, peserta inovasi dari seluruh negara, pegawai-pegawai BPI KPM dan wakil JPN.
Acara utama adalah pembentangan bahan inovasi Pendidikan Islam
dan diselikan dengan pembentangan kertas kerja oleh beberapa pensyarah daripada UPM. Acara forum inovasi Pendidikan Islam juga diadakan sebelum berlangsungnya majlis penutup yang dirasmikan oleh wakil YB Dr. Hj Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Tahniah kepada semua 32 pembentang dan peserta yang hadir. Kepada rakan2 Guru Pendidikan Islam yang lain, anda dipelawa mengetengahkan idea dan inovasi anda untuk dipersembahkan pada tahun hadapan pula. Buktikan kita juga mampu buat dan setanding dengan guru-guru di bidang lain. Kita jumpa lagi pada tahun hadapan InsyaAllah.
Sila layari http://inovasi-bpi.blogspot.com/ untuk keterangan lebih lanjut.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

305484