22 Februari 2010

KELAS KHAT ANJURAN MUZIUM KESENIAN ISLAM DAN PSKK


Assalamualaikum wsm wbt...


Rasanya lama dah tak upload blog ni kan...maklumlah awal persekolahan baru ni agak sibuk dengan macam-macam tugasan di sekolah dan komitmen keluarga. Jadi kali ni saya nak hebahkan dan maklumkan pada semua rakan-rakan pengunjung sekelian bahawa Muzium Kesenian Islam Malaysia dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan akan mengadakan Kursus Penulisan Khat untuk masyarakat umum sebagaimana maklumat berikut :


Tarikh mula : Setiap Sabtu mulai 6 Mac 2010 
Masa : 2.30 - 5.30 petang
Tempoh masa : 16 Minggu sehingga 3 Julai 2010
Tarikh Peperiksaan : 10 Julai 2010
Tempat : Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur (sebelah Masjid Negara)


Subjek khat yang diajar :
i.  Khat Nasakh - Ust Abd Wahab & Ust Zainurrahman Afandi
ii. Khat Riq'ah & Khat Diwani  - Ust Mohd Yusuf Abu Bakar
iii. Khat Kufi - Ust Mohd Asra' Mohd Osman
iv. Khat Thuluth - Ust Zawadi Che Seman & Ust Zainurrahman Afandi
v. Kraf (lukisan kanvas) - Ust Moonair Nazir
vi. Zukhrufah - Ust Khaidir Mohd Ali

Anda dijemput menghadiri kursus tersebut kerana tempat adalah terhad. Sebarang pertanyaan boleh sms atau hubungi : Bahagian Pendidikan Muzium Kesenian Islam Malaysia di talian 03-2270 5103 (Nizreen) 03-2270 5101 (Firdahayu)  atau melayari : http://www.iamm.org.my/i_edu/?page_id=48


Sijil akan dikeluarkan selepas tamat kursus.


Sekian untuk makluman

Tiada ulasan: