09 Mei 2010

BENGKEL SENI KHAT NASAKH DI SERI MENANTI, N9

Alhamdulillah pada Sabtu 8 Mei 2010 saya telah dijemput untuk memberikan ceramah dan bengkel penulisan Khat Nasakh kepada pelajar SMK Tunku Besar Burhanuddin di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Seramai 100 pelajar Kelas Aliran Agama (KAA) telah mengikuti program ini yang dimulakan dari jam 8.30-12.30 tghr. Terima kasih kepada sahabat saya Ust Fadzilah atas jemputan tersbut dan saya juga diketemukan dengan senior masa di UKM (1995) dahulu iaitu Brother Hilmi Lahuri. Lama benar tak jumpa dia. Alih2 jumpa di Seri Menanti. Beliau juga merupakan penggiat seni khat yang aktif terutamanya semasa kami sama-sama menuntut di UKM dulu. Semoga pertemuan ini mengukuhkan lagi ukhuwwah antara kami dan memantopkan lagi aktiviti seni khat InsyaAllah.
Bersama Ust Fadzilah (Kiri) dan Ust Helmi Lahuri (Kanan)
My Sweet Heart....

Tiada ulasan: