12 Mei 2010

DEMONSTRASI KHAT SEMPENA KARNIVAL INOVASI PENDIDIKAN IPG KAMPUS IILMU KHAS, CHERAS

Pada 11 dan 12 Mei lepas saya (mewakili sekolah) telah dijemput oleh IPG Kampus Ilmu Khas bagi mengadakan Pameran Bahan Inovasi (Khatboard) sempena Karnival Inovasi Pendidikan Kampus tersebut. Pelbagai bahan pameran Inivasi dalam bidang pendidikan yang dihasilkan oleh pensyarah dan pelajar telah dipamerkan dalam program ini. Saya juga diberi peluang bagi mempamerkan Inovasi Khatboard bagi memberi inspirasi kepada bakal guru di sini. Saya dibantu oleh saudara Zainurrahman Afandi (Penggiat Seni Khat) semasa membuat demonstrasi menulis khat menggunakan Khatboard. Ramai pengunjung yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai alatan Khatboard ini terutamanya pelajar yang akan menjalankan praktikum pada semester akan datang.



 







Catat Ulasan