17 Mac 2013

BENGKEL KHAT SEHARI DI POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN, DUNGUN

Tarikh : 16 Mac 2013
Hari : Sabtu 
Masa : 9.30 pagi - 4.30 petang
Jumlah Peserta : 60 orang
Terima kasih kepada pihak Jabatan Pengajian Islam dan Ketua Unitnya iaitu Ustaz Jamalizamani Jamaluddin atas jemputan bagi menjalankan Bengkel Penulisan Khat Jawi di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun. Beliau merupakan sahabat junior saya semasa di UKM antara tahun 1996-1998 dahulu... Lama sungguh tak ketemu sahabat....kami sama-sama aktif dalam Persatuan Angkatan Mahasiswa Madani (AMAM) yang menjalankan aktiviti kemasyarakatan terutama Seminar Pendidikan dan Motivasi (SPDM) yang dijalankan dengan kerjasama BTN. 
          Seluruh Malaysia kami meronda dengan sahabat2 lain untuk menjalankan program ini. Salah seorang yang aktif juga ialah Ybhg Datok Jailani Ngah (STPOL PM skrg), kawan baik saya dan pernah naik motor konvoi dr UKM ke Trg balik kampung, juga pernah bermalam sehingga berhari-hari dirumahnya bila tiba cuti penggal...sahabat seperjuangan yang sama2 memperjuangkan aspirasi AMAM pada waktu itu. Beliau juga bersahabat baik dengan Ust Jamal yang bertemu jodoh dengan anak murid SPDM Trg dan sekarang menetap terus di Dungun...Moga segala usaha untuk memartabatkan seni khat ini diberkatiNya... Amin...
 
 
 
 
 
 
 
 
Alhamdulillah dengan bantuan KHATBOARD, satu dewan boleh mengikuti bengkel tanpa gangguan

"Khatboard Cap"
 
 
 Terima kasih Sheikh Jamali...
 Abg Munir juga sudi datang untuk memeriahkan suasana

Tiada ulasan: