06 Jun 2013

BENGKEL PENULISAN KHAT NASAKH DAN KUFI MURABBA ANJURAN MASJID UNISZA, TERENGGANU

Alhamdulillah telah berlalu program Bengkel Penulisan Khat anjuran Pusat Islam (Masjid) UNISZA yang bejalan pada 26 dan 27 Jun yang lepas...

Ribuan terima kasih kepada pihak penganjur (Ustaz Dr Syfie, Ustaz Zul, Ustaz Miar dan semua staff Pusat Islam) atas jemputan ini dan menggamit kembali nostalgi lama ketika menuntut di sini (1991-1994) dulu. Di sinilah saya dapat menuntut  ilmu penulisan khat daripada Penulis Khat Di Raja Terengganu waktu itu iaitu Mahaguruku Al-Fadhil Arwah Ustaz Salleh Muhammad (Ustaz Embab) dalam kelas Ko-Kurikulum Seni Khat.

Banyak ilmu yang dapat dipelajari daripada Arwah dan dipraktikkan hingga kini. Moga Allahyarham diberikan pahala berpanjangan dan ditempatkan dikalangan orang2 yang mendapat kerahmatan dan keampunanNya. AlFatihah...

Saya dibantu oleh 3 sahabat Khattat hebat Ganu iaitu YM Ustaz Syed Omar, Ustaz Sanusi Awang dan YM Ustaz Syed Ibrahim (Adik Ustaz Syed Omar). Terima kasih atas bantuan begi melancarkan lagi bengkel ini.










Tiada ulasan: