22 Februari 2015

BENGKEL SENI KHAT ANJURAN PERSATUAN SENI KHAT DAN MUZIUM KESENIAN ISLAM MALAYSIA SESI 2015

Alhamdulillah Kursus Penulisan Seni Khat bagi tahun ini berjalan lancar dengan sambutan yang begitu memberangsangkan. Peserta terdiri daripada pelbagai bangsa dan ada seorang amoi yang bersama kita kali ini. Memang tak sangka. Terdapat juga warga Indonesia (1 orang) dan pasangan suami isteri daripada USA yang bekerja di sini. Seorang  anak muda kelahiran USA (Ibu USA & bapa Melayu) juga berminat dengan seni khat ini walaupun menulis dengan tangan kiri. 

Kursus kali ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :
 i. Kelas Kanak2 (Sabtu jam 10-1.00 ptg)
ii. Kelas Asas Dewasa (Sabtu jam 2.30-5.30 ptg) dan 
iii. Kelas Lanjutan Dewasa (Sabtu jam 2.30-5.30 ptg) dikelas yang berasingan.

Kursus ini berlangsung setiap sabtu jam 2.30 - 5.30 petang di Bengkel Bahagian Pendidikan Muzium Kesenian Islam Malaysia. Terima kasih kepada staff MKIM yang banyak membantu dalam melancarkan program ini iaitu Pn Nor Nizreen Othman dan Pn Firdahayu serta beberapa lagi kakitangannya. Semoga program ini berjalan dengan lancar dan boleh menjadi pemangkin kepada kelahiran bakal-bakal penulis khat untuk generasi yang akan datang




 Pendaftaran
 Taklimat dan taaruf tenaga pengajar


 Ujian kemahiran asas






Tiada ulasan: