12 April 2015

BENGKEL SENI KHAT SEHARI DI SMA MARAN, PAHANG


Tarikh : 11 April 2015
Tempat : Sekolah Menengah Agama Maran (SMAM), Pahang
Anggaran Peserta : 230 orang dari tingkatan 1 hingga 3 dari sekolah ini dan sekolah sekitarnya

Terima kasih kepada sahabat se KUSZA dahulu Ustaz Hamdan Muda dan Isterinya Ustazah Hamidah kerana mencadangkan nama saya kepada pihak penganjur SMAM untuk mengendalikan bengkel khat sehari di sini. Terima kasih juga kepada sahabat saya Ust Maimun Abdur Rahman dan Sifo En Munair kerasan bersama saya di sini. Makanan di kantin sekolah ini memang sedap...Penginapan dibanglo Pengetua juga amat selesa umtuk berehat semalam.

Semoga bermanfaat atas perkongsian ilmu khat. Saya doakan ada diantara pelajar-pelajar ini akan menjadi pelapis khattat Malaysia suatu masa nanti...

Sama-sama kita doakan..
 

 
 Alhamdulillah Khatboard memudahkan acara dari awal hingga akhir
 







 Sheikh Maimun sedang dikerumuni oleh peminatnya...
 Sebahagian peserta yang hadir
Menyampaikan hadiah kenangan khat nama Pengetua SMAM kepada Ustazah Hamidah sebagai penghargaan dari saya atas jemputan ini

Tiada ulasan: