Pada 11 dan 12 Mei lepas saya (mewakili sekolah) telah dijemput oleh IPG Kampus Ilmu Khas bagi mengadakan Pameran Bahan Inovasi (Khatboard) sempena Karnival Inovasi Pendidikan Kampus tersebut. Pelbagai bahan pameran Inivasi dalam bidang pendidikan yang dihasilkan oleh pensyarah dan pelajar telah dipamerkan dalam program ini. Saya juga diberi peluang bagi mempamerkan Inovasi Khatboard bagi memberi inspirasi kepada bakal guru di sini. Saya dibantu oleh saudara Zainurrahman Afandi (Penggiat Seni Khat) semasa membuat demonstrasi menulis khat menggunakan Khatboard. Ramai pengunjung yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai alatan Khatboard ini terutamanya pelajar yang akan menjalankan praktikum pada semester akan datang.
Sebuah alat bagi memudahkan guru mengajar Seni Khat. Boleh digunakan sebagai alat tayang pelbagai bahan pengajaran seperti buku teks, lukisan, alatan pertukangan, alatan makmal dan sebagainya. Ianya berfungsi seperti Visualizer atau Document Camera. Johan Inovasi Kebangsaan kategori Individu Sekolah Rendah Tahun 2008 sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Terima Kasih ziarah ya...
MENU UTAMA
- HOME
- BIODATA DIRI
- INFO KHATBOARD
- PEMASANGAN KHATBOARD
- VIDEO PENGGUNAAN KHATBOARD VISUALIZER
- MY ARTWORKS (Zon Niaga)
- AKTIVITI TAHUNAN SEMASA
- SET ALATAN MENULIS KHAT
- TIPS BUAT PEN KHAT SENDIRI
- KHIDMAT MENULIS KHAT di MASJID @ ART WORKS
- PANDUAN BELAJAR SENI KHAT (ASAS)
- ME ON MEDIA
- VIDEO TUTORIAL KHAT
- PAMPLET
- KHATBOARD PAGE (FB)
- KHATBOARD BIG MARKER
12 Mei 2010
DEMONSTRASI KHAT SEMPENA KARNIVAL INOVASI PENDIDIKAN IPG KAMPUS IILMU KHAS, CHERAS
Labels: Seni Khat, Alat Mengajar Khat, Visualizer
Karnival Pendidikan IPG Kampus Ilmu Khas
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan