Memaparkan catatan dengan label Kelas Khat UKM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelas Khat UKM. Papar semua catatan

14 Mac 2010

KELAS PENULISAN KHAT FAKULTI PENDIDIKAN UKM 2010

Mulai 22 Feb yang lepas, Fakulti Pendidikan UKM telah memulakan kelas pengajian Tulisan Khat bagi pelajar Tahun 3 di bawah Subjek Jawi dan Khat. Alhamdulillah sekali lagi saya diberi kepercayaan oleh pihak universiti untuk mengendalikan kelas tersebut bersama Ust Zawadi Che Seman. Ini adalah tahun ke empat kami bersama-sama mengendalikan kelas ini dan kami amat-amat berharap agar lebih banyak IPT lain yang mengikuti langkah UKM dalam memberi pendedahan mengenai aspek teknikal penulisan khat kepada bakal pendidik mereka. Justeru itu, salah satu cabang kesenian Islam ini tidak akan hilang begitu sahaja ditelan kemajuan teknologi dan maklumat masa kini. Semoga bakat-bakat yang terpendam dalam bidang Seni Khat akan lahir daripada program seumpama ini...
Khatboard tetap setia bersamaku...

06 Oktober 2009

Kelas Penulisan Khat Fakulti Pendidikan UKM

Alhamdulillah pada tahun ini pihak Fakulti Pendidikan UKM telah meminta saya mengendalikan kelas penulisan khat untuk pelajar mereka. Seramai lebih kurang 30 pelajar tahun 3 telah berdaftar bagi mengikuti kelas tersebut yang memakan masa selama 7 minggu bermula pertengahan Ramadhan yang lalu. Ustaz Zawadi juga mengajar sebahagian 30 pelajar lagi di kelas yang lain. Tahun ini merupakan tahun ke-3 saya diberi kepercayaan untuk mengendalikan kelas ini.





Bersemangat untuk berkongsi sedikit ilmuNya...



Bakal-bakal pejuang khat



Tekun mendengar



Waahh..boleh tahan juge khat entum



Adalah diharapkan kelas-kelas penulisan khat  ini akan terus dihidupkan oleh pihak-pihak berkenaan terutamanya di pusat pengajian tinggi. Ini kerana tulisan khat bukan sahaja aktiviti suka-suka, bahkan ianya merupakan satu cabang kesenian Islam yang harus dipertahankan oleh kita semua. Dengan adanya aktiviti sebegini...diharapkan tulisan khat tidak akan pupus bahkan menjadi lebih berkembang dari masa ke semasa...