Memaparkan catatan dengan label Thuluth. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Thuluth. Papar semua catatan

22 Februari 2010

KELAS KHAT ANJURAN MUZIUM KESENIAN ISLAM DAN PSKK


Assalamualaikum wsm wbt...


Rasanya lama dah tak upload blog ni kan...maklumlah awal persekolahan baru ni agak sibuk dengan macam-macam tugasan di sekolah dan komitmen keluarga. Jadi kali ni saya nak hebahkan dan maklumkan pada semua rakan-rakan pengunjung sekelian bahawa Muzium Kesenian Islam Malaysia dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan akan mengadakan Kursus Penulisan Khat untuk masyarakat umum sebagaimana maklumat berikut :


Tarikh mula : Setiap Sabtu mulai 6 Mac 2010 
Masa : 2.30 - 5.30 petang
Tempoh masa : 16 Minggu sehingga 3 Julai 2010
Tarikh Peperiksaan : 10 Julai 2010
Tempat : Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur (sebelah Masjid Negara)


Subjek khat yang diajar :
i.  Khat Nasakh - Ust Abd Wahab & Ust Zainurrahman Afandi
ii. Khat Riq'ah & Khat Diwani  - Ust Mohd Yusuf Abu Bakar
iii. Khat Kufi - Ust Mohd Asra' Mohd Osman
iv. Khat Thuluth - Ust Zawadi Che Seman & Ust Zainurrahman Afandi
v. Kraf (lukisan kanvas) - Ust Moonair Nazir
vi. Zukhrufah - Ust Khaidir Mohd Ali

Anda dijemput menghadiri kursus tersebut kerana tempat adalah terhad. Sebarang pertanyaan boleh sms atau hubungi : Bahagian Pendidikan Muzium Kesenian Islam Malaysia di talian 03-2270 5103 (Nizreen) 03-2270 5101 (Firdahayu)  atau melayari : http://www.iamm.org.my/i_edu/?page_id=48


Sijil akan dikeluarkan selepas tamat kursus.


Sekian untuk makluman

13 Jun 2009

Keunikan Seni Khat (Khat Thuluth)



Mari kita perhatikan keunikan tulisan Khat Thuluh ini...setiap bentuk huruf yang direka oleh pereka tulisan khat terawal semasa zaman kegemilangan ilmuan islam terdahulu memperlihatkan kesinambungan lakaran bentuk huruf dengan satu huruf yang lain. Gabungan bentuk ini saya perolehi daripada salah sebuah buku simpanan Ustaz Yusuf Abu Bakar semasa menziarahi beliau di rumahnya di Kelana Jaya beberapa taun yang lalu... Kalau kita dapat membuat kajian yang lebih mendalam mengenai keajaiban tulisan khat ni,,, kemungkinan kita akan ketemui pelbagai keajaiban dan ketakjuban kepada bentuk tulisan khat ni... Ini lah yang dikatakan keajaiban al-Quran, kerana kebanyakan bahan tulisan khat ialah ayat2 suci al-Quran...Penulis khat terhebat menggabungkan pelbagai rupa dan bentuk bagi menghasilkan karya yang mengkagumkan... Pelbagai rupa dan susunan boleh dibuat dengan menggunakan ayat yang sama... Kita boleh menulis satu baris (Thuluth 'Aadi) atau berlapis (Thuluth Jali), Bagi penulis yang baru berjinak-jinak dengan bidang seni ini akan bermula dengan menyalin karya2 hebat penulis khat teragung seperti Khattat Hamid Aamidi, Sayyed Ibrahim dan Baghdadi. Selepas beberapa tahun meniru gaya penulisan khattat hebat ini, barulah seseorang khattat itu akan dapat sedikit aura daripada sesi latihan pada tahun2 sebelum itu yang mana akan memberikan panduan padanya untuk mencipta gaya, susunan dan grafik khat yang tersendiri. Tetapi dengan adanya kecanggihan teknlogi ICT pada masa ini, peminat dan penulis khat boleh memanipulasi kelebihan karya mereka bersama kehebatan enjin grafik perisian bagi menghasilkan karya akhir yang mengkagumkan...walaupun kadangkala penulis khat tersebut hanya menggabungkan karya khattat yang lain....