Memaparkan catatan dengan label jawi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jawi. Papar semua catatan

17 September 2013

KURSUS PENULISAN KHAT 2014

ANJURAN BERSAMA PERSATUAN SENI KHAT DAN MUZIUM KESENIAN ISLAM MALAYSIA KUALA LUMPUR
Untuk tujuan pendaftaran dan pertanyaan, tuan puan sila lah hubungi terus nombor yang tertera di bawah.
Sila klik pautan di bawah ini untuk ke laman web berkenaan : 

KURSUS KHAT MUZIUM KESENIAN ISLAM 2014

22 Februari 2010

KELAS KHAT ANJURAN MUZIUM KESENIAN ISLAM DAN PSKK


Assalamualaikum wsm wbt...


Rasanya lama dah tak upload blog ni kan...maklumlah awal persekolahan baru ni agak sibuk dengan macam-macam tugasan di sekolah dan komitmen keluarga. Jadi kali ni saya nak hebahkan dan maklumkan pada semua rakan-rakan pengunjung sekelian bahawa Muzium Kesenian Islam Malaysia dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Kebangsaan akan mengadakan Kursus Penulisan Khat untuk masyarakat umum sebagaimana maklumat berikut :


Tarikh mula : Setiap Sabtu mulai 6 Mac 2010 
Masa : 2.30 - 5.30 petang
Tempoh masa : 16 Minggu sehingga 3 Julai 2010
Tarikh Peperiksaan : 10 Julai 2010
Tempat : Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur (sebelah Masjid Negara)


Subjek khat yang diajar :
i.  Khat Nasakh - Ust Abd Wahab & Ust Zainurrahman Afandi
ii. Khat Riq'ah & Khat Diwani  - Ust Mohd Yusuf Abu Bakar
iii. Khat Kufi - Ust Mohd Asra' Mohd Osman
iv. Khat Thuluth - Ust Zawadi Che Seman & Ust Zainurrahman Afandi
v. Kraf (lukisan kanvas) - Ust Moonair Nazir
vi. Zukhrufah - Ust Khaidir Mohd Ali

Anda dijemput menghadiri kursus tersebut kerana tempat adalah terhad. Sebarang pertanyaan boleh sms atau hubungi : Bahagian Pendidikan Muzium Kesenian Islam Malaysia di talian 03-2270 5103 (Nizreen) 03-2270 5101 (Firdahayu)  atau melayari : http://www.iamm.org.my/i_edu/?page_id=48


Sijil akan dikeluarkan selepas tamat kursus.


Sekian untuk makluman